Video Norman Hakim dan Abby Abadi Menyambut Kepulangan Anak Sulung Mereka, Danish Hakim Buat Ramai Yang SEBAK !!

Video Norman Hakim dan Abby Abadi Menyambut Kepulangan Anak Sulung Mereka, Danish Hakim Buat Ramai Yang SEBAK !!

Pelakon Norman Hakim ada memuatnaik video dia bersama Abby Abadi dan anak mereka di KLIA  untuk menyambut kepulangan dan ketibaan anak sulung mereka Mohamed Danish Hakim yang baru pulang dari Turki.

Video ini mendapat tontonan ramai yang terharu dan sebak melihat hubungan kekeluargaan keluarga ini.

Normak Hakim menyambut kepulangan anaknya dengan berbaju melayu dan sampin bagi mewujudkan suasana hari raya disebabkan Danish tidak dapat pulang meraikan Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.

 

” Off to KLIA to fetch Abang @danishhakim_243 . Siap tapau ketupat ,lemang, kuah kacang segala bagai, jumpa nanti terus suapkan dia sbb masa raya hari tu dia makan buah cherry je.. “

” Baju melayu & sampin ? Yup,nak bagi dia ‘feel’ suasana hariraya In shaa Allah. BISMILLAH.. ”

” Kepulangan yang dinanti @danishhakim_243 Al-Hafiz. ALHAMDULILLAH terima kasih Ya Allah… ”

Rata-rata peminat melahirkan rasa sebak dan terharu menonton video berkenaan. Antara komen-komen peminat :

iamtarita : knp sy nk nangis tgok video niii. padahal family diorg happy jerrr. i plak lebih2. hihi. semoga family ni diberkati & dirahmati Allah s.w.t

iamajiangg : Allahu…. sedih sebak sayu semua ada… semoga abg @danishhakim_243 terus istiqamah di jalan Allah

irdaaritsu : Air mata tiba2 menitis mcm pili air yg pecah … rasa tersentuh Sgt bergitu kuatnya hubungan mereka…. ikhlas sungguh kasih sayang antara mereka

rosnahsabli : Sy dpt pengajaran yg bagus bila tgk fmly diorg. Sayangi anak wpun dh besar pnjg.. Sentuh dgn kasih sayang. Anak2 akan rasakn smpi ke jiwa mereka kasih kita

mawar9763 : Syukur Alhamdulillah..dua keluarga yg sangat indah..sy jgk sering mengikuti 2 keluarga ini..

emaspelaburanbijak : Giler tak touching…. terharu..sebak….tahniah @normanhakim_786 ……semoga anak soleh saya Muhammad Mifzal Zulfan juga mengikut jejak @danishhakim_243 ……semoga @danishhakim_243 menjadi anak yg soleh….aamiin….. @abby_abadi112

Danish juga memuatnaik gambar perjumpaan pertama bersama adik barunya Muhammad Daiyan Fayyadh .

” Akhirnya kita bertemu #muhammaddaiyanfayyadh “

Akhirnya kita bertemu #muhammaddaiyanfayyadh ❤️

A post shared by Mohamed Danish Hakim (@danishhakim_243) on

Ramai yang terharu melihat hubungan silaturahim dan kebahagiaan 2 keluarga ini. Walaupun Norman Hakim dan Abby Abadi tidak lagi bersama, tetapi ukhuwah kekeluargaan mereka masih utuh demi anak-anak. Semoga Allah jaga hubungan ini selama-lamanya.

Sumber : IG Norman Hakim