22 Gambar Sekitar Majlis Akikah, Tahnik Dan Cukur Jambul Anak Norman Hakim, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi.

22 Gambar Sekitar Majlis Akikah, Tahnik Dan Cukur Jambul Anak Norman Hakim, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi. Ramai Yang SEBAK Melihat Ukhuwah Keluarga Ini !!

Seperti sedia maklum, Memey Suhaiza baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama MIKAYLA DELISHA. Abby Abadi pula baru juga mengambil anak angkat lelaki yang bernama MUHAMMAD DAIYAN FAYYADH.

Menerusi akaun instagram Abby Abadi, Abby ada berkongsi gambar-gambar Majlis Akikah, Tahnik Dan Cukur Jambul Daiyan Fayyadh dan Mikayla Delisha serta seorang bayi lagi dipercayai ahli keluarga mereka juga yang bernama NUR SAARAH AAIRA. Selain itu majis itu juga bersempena sambutan Aidilfitri dan Majlis Kesyukuran Danish, Dania dan Danish (Anak Abby dengan Norman Hakim).

Antara artis yang turut hadir ke majlis tersebut iaitu Azza Elite dan Linda Raffar sekeluarga. Ahli keluarga lelaki segak bergaya dengan baju melayu berwarna merah dan bersongkok hitam. Manakala ahli keluarga perempuan pula sedondon memakai baju berwarna merah dan ungu serta bertudung hitam. Manis-manis semuanya.

SAMBUTAN AIDILFITRI & MAJLIS KESYUKURAN DANISH. DANIA. DANISHA SERTA AKIKAH, TAHNIK & CUKUR JAMBUL MUHAMMAD DAIYAN FAYYADH/NUR SAARAH AAIRA & MIKAYLA DELISHA 👶🏻👶🏻👶🏻 . Lokasi: Mahligai Abadi . Live Update: @tinywinyphotography . Katering: @draradelicious.catering . Pelamin Deco: @riqbridal . Baju Melayu Daiyan: @kaffah_tailor . Kopiah Daiyan: @crochet_easykay . Jubah Mama seisi keluarga: #JubahKernaDIA . Kek @Danishhakim_243 & Kek Terima Kasih ALLAH @adibabakery /adibabakeryshop kek hazelnut choc, gula melaka cake, carrot walnut cake . Kek @marissadania_ : @sweettreatsbypia . Kek @mariadanishahakim_2008: @kedaikekbangi . Brownies: @oldskoolsnacks @brownieslicious.garage . Kek Batik: @thepremiumkekbatik . . DOORGIFT ❤ Popcorn: @homepop.corn . Kek Sarawak: @Kainas.Co . Fridge magnet: @sntwinnabeelashop

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Rata-rata ramai peminat yang suka melihat gambar keluarga bahagia ini. Ini antara komen-komen peminat :

tag_hantaran_murah : Sukanya tgk kehidupan kak abby skrg. Anak2 sudah ada 2 ibu, 2 bapa. Bestnya. Keluarga besar!

radiah.abdultalib : Alhamduillah keluarga Bahagia dunia Dan akhirat Amin ya rabb allamin

sharifahz90 : Alhamdulillah..seronok tgk keluarga bahagia kak @abby_abadi112 ..semoga ukhuwah yg terjalin akan berpanjangan.penyatuan 2 keluarga yg mnjadi contoh yang terbaik…aminn

miezahsahabudin : Sgt kagum dgn kak @abby_abadi112 dan @memeysuhaiza. Semoga Allah merahmati kasih sayang keluarga besar ini. Amin

dahliana76 : Alhamdulillah Syukur keluarga bahagia semoga kekal hingga ke jannah Aamiinnn Ya Rabball Al-Amin

unahusna30 : Beruntung anak-anak ada 2 mak 2 ayah.. Semoga terus bahagia

faridah510 ; @abby_abadi112 Masya Allaah tabarakallah…. Semoga keluarga bahagia ini hingga ke jannatul firdaus… Aamiin ya rabbal’alaamiin

Semoga ukhuwah yang terjalin antara keluarga Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan suaminya berkekalan hingga ke syurga. Semua yang berlaku sebelum ini ada hikmahnya.

Sumber : IG Abby Abadi