” Kalau baby dah makan kaki kata orang tua tua dulu dia nak minta adik.. ” – Gambar dan video anak Jihan hisap ibu jari kaki curi perhatian netizen

” Kalau baby dah makan kaki kata orang tua tua dulu dia nak minta adik.. ” – Gambar dan video anak Jihan hisap ibu jari kaki curi perhatian netizen

Foto anak pelawak Jihan Muse, Ungku Arsalan Haq menghisap ibu jari kaki yang dimuat naik ke laman Instagram (IG) mencuri perhatian netizen.

Menerusi entri tersebut, Jihan bertanya pengikut IGnya sarapan apa pagi itu dan memberitahu anaknya hanya makan kaki.

“Breakfast apa tu acik? #babyninja tgh mkn kaki. Huhu. Video makan kaki kat ig @ungkuarsalanhaq mak saya cakap sini utk video parodi dia jer,” tulisnya.

Rata-rata pengikut akaun IG peribadinya memberitahu Arsalan mahu adik atau meminta Jihan untuk melahirkan seorang bayi lagi.

Selain peminatnya, penyanyi  Liza Hanim turut menurunkan komen dan memberiahu perkara yang sama.

Jihan bagaimana pun dengan nada gurau meminta Liza untuk hamil dahulu sebelum memintanya kembali hamil.

Sementara itu, menerusi akaun IG anaknya pula, Jihan memuat naik video Arsalan menghisap jari kakinya dan menafikan anaknya mahu adik.

“Saya bukan nak adik saya nak susu apa la acik ni,” tulisnya.

Caye bukan nak adik caye nak shoshoo apa la acik ni

A post shared by BABY NINJA (@ungkuarsalanhaq) on

Foto: IG @jihanmuse
Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber : Gempak.Com