” Kalau aku tak baca komen, sampai m4ti aku ingat tu Faizal Tahir. Sebijik Woiii !! ” – Parodi MeleTOP Lagu Ragaman Buat Ramai Yang Terhibur

” Kalau aku tak baca komen, sampai m4ti aku ingat tu Faizal Tahir. Sebijik Woiii !! ” – Parodi MeleTOP Lagu Ragaman Buat Ramai Yang Terhibur. Serius Kelakar !!

Program TV MeleTOP dengan parodi memang tak dapat dipisahkan. Ingat MeleTOP pasti ingat parodi. Kebiasaannya yang menjayakan watak parodi tak lain tak bukan pelawak terkenal, Jihan Muse, Bell Ngasri, Shuk Balas dan beberapa artis undangan lagi.

Menerusi program MeleTOP malam semalam, pihak MeleTOP telah menayangkan parodi lagu Ragaman, nyanyian asal Faizal Tahir.

Jihan Muse memainkan watak Nabila Huda dalam video klik asal lagu Ragaman. Manakala pelawak Joe Aziz memainkan watak Faizal Tahir sebagai Mr Ragaman.

Apa yang menariknya, mimik muka, cara dan gaya Joe Aziz sekali pandang sama dan mirip dengan Faizal Tahir. Sampaikan ramai yang tidak perasan rupanya itu adalah bukan Faizal Tahir.

Agak ramai jugalah yang tertipu dengan wajah bekas peserta kelahiran Raja Lawak musim kedua, Joe Aziz atau nama sebenarnya Aziz Ismail.

Kepada yang belum pernah mengenali Joe Aziz, selain memiliki wajah seiras Faizal Tahir, pelawak berusia 33 tahun ini juga mempunyai bakat meniru suara dan gaya seperti bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Zizan Razak, Zamani Slam dan ramai lagi.

Rata-rata netizen terhibur dengan video parodi Ragaman daripada Joe Aziz dan Jihan Muse. Antara komen-komen netizen :

” Ya Allah..kalau aku tak bace komen2 ni..sampai ma ti aku ingat tu faizal tahir…sejibikk woii HAHAHAHHAHA.. “

” Laki tu nama dia Joe Aziz.. ramai salah faham tgok tajuk tu tulis Faizal Tahir..haha dulu raja lawak musim berapa tah haha tak ingat. Muka dia iras FT..kalau rmbut pnjang dlu mmg sbijik mcm ft. Dia ni viral sbb pandai buat suara najib.. “

” Jihan dan Parodi meletop sentiasa beri warna dan gelak tawa kepada penonton. Terima kasih kerana menceriakan hidup kami.. “

” Kalau jadi penyamar dekat I can’t see your voice ni comferm juri akan ingat penyanyi sebenar sebab muka macam Taizal Tahir.. “

” Omg.. Joe Aziz really looks like Faizal Tahir in this parody.. His hair style and the sunglasses maybe.. “

” Sama tapi bukan diaaa HAHA terbaik lah joe aziz dan jihan musa..team parodi MELETOP dh kembali melawak!! Like sekali jika anda ulang.. “

” Ni mamat yang tiru suara najib, fadzilah kamsah. Memang dari dulu lagibda perasan muka dia iras FT. Pandai geng parodi cari dia haha, nampak effort kat situ.. “

JOm tonton video penuh di bawah :

Cuba bandingkan dengan video muzik asal oleh Faizal Tahir. Memang sebijik sama !!

Tahniah kepada Joe Aziz, Jihan Muse dan semua yang terlibat menjayakan parodi MeleTOP. Semoga terus menceriakan hari-hari kami dengan video parodi yang menghiburkan seperti ini. Terbaik !!!

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube MeleTOP by Berita Kopak / Ciungwanara