(VIDEO) MENGHARUKAN!… Tonton Detik-Detik kemenangan Pingat Emas Yang Dimenangi Pasukan Hoki Malaysia Di Sukan Olimpik Remaja 2018… Tahniah!

(VIDEO) MENGHARUKAN!… Tonton Detik-Detik kemenangan Pingat Emas Yang Dimenangi Pasukan Hoki Malaysia Di Sukan Olimpik Remaja 2018… Tahniah!

Malaysia memenangi pingat emas dalam hoki lima atlet lelaki pada Sukan Olimpik Remaja 2018 selepas menewaskan India 4-2 di final di Parque Polideportivo Roca pada hari Ahad.

India mendahului dengan dua gol dari Vivek Prasad tetapi Malaysia membalas dengan dua gol dari Akhimullah Anuar dan satu gol masing-masing dari Firadus Rosdi dan Amirul Azahar untuk memenangi pingat emas.

Mereka berpelukan setelah pengadil perlawanan meniup wisel penamat

Ia adalah pingat emas kedua di Sukan Olimpik Belia selepas pemain badminton Goh Jin Wei memenangi pingat emas pertama di sukan tersebut yang berlangsung di Buenos Aires pada 2018.

Sebuah momen yang pasti menjadi kenangan yang begitu indah buat mereka dan Malaysia

Detik-detik kemenangan emas tersebut dikongsi oleh Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq di Instagramnya dan mendapat ucapan tahniah dari ribuan netizen untuk skuad hoki tersebut.

Tonton VIDEO Detik-Detik Kemenangan Emas Tersebut Di Bawah Ini

Kami ucapkan tahniah untuk skuad hoki remaja yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia. Semoga Terus berjaya di masa akan datang. Syabas!

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini. Silakan SHARE Ya!

Ciungwanara / Beritakopak Artikel

Sumber : Instagram Syed Saddiq