” AMARAN TERAKHIR !! Kami tidak teragak2 untuk memaparkan GAMBAR anda di media sosial.. ” – Datuk Seri Aliff Syukri bagi AMARAN KERAS !!

” AMARAN TERAKHIR !! Kami tidak teragak2 untuk memaparkan GAMBAR anda di media sosial.. ” – Datuk Seri Aliff Syukri bagi AMARAN KERAS !!

Setiap manusia perlu bimbang walaupun pada zahirnya dia sudah cukup melakukan amal kebaikan, namun masih terdapat perkara yang akan menghalang rohnya ditempatkan bersama orang soleh ketika meninggal dunia kelak.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada.

Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.

Seandainya tidak mampu membayar sekali gus hutang itu, bayarlah sedikit demi sedikit. Itu antara adab orang yang berhutang.

Yang terbaru, pengasas produk kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila orang yang berhutang dengannya tidak bayar atau susah untuk bayar hutang.

Menurut Datuk Aliff, hampir 3 juta keselurahan jumlah hutang yang masih tertunggak belum dibayar kepada pihaknya. Ini jumlah yang sangat banyak.

Baca perkongsian Datuk Aliff di bawah :

” Amaran terakhir… org hutang saya hampir 3 juta… Pening sy dgn org dgn manusia yang suka berhutang tapi SUSAH nak bayar.. “

” Dah bertahun sy sabar dan menunggu utk hutang sy dibayar. Setiap org pun ada Tahap kesabaran nya sendiri tak kira la miskin atau kaya…hutang WAJIB di bayar.. “

” Kalau sikit tak apa.. ni hampir 2 juta org hutang sy. Saya harap ANDA YANG BERHUTANG tu akan bayar walaupun Rm200 – Rm300 sebulan sehingga hutang langsai.. “

” Jika anda gagal untuk membayar hutang2 anda, Pihak kami tidak teragak2 untuk memaparkan GAMBAR anda di media sosial.. “

” Jika anda di tempat saya, apa perasaan anda ??? TOLONG jgn senyap atau menghilangkan diri.. “

” Sila hubungi staff kami 0182808560 utk menyelesaikan HUTANG TERTUNGGAK anda.. “

 

View this post on Instagram

 

amaran terakhir… org hutang saya hampir 3juta… Pening sy dgn org dgn manusia yang suka berhutang tapi SUSAH nak bayar. Dah bertahun sy sabar dan menunggu utk hutang sy dibayar. Setiap org pun ada Tahap kesabaran nya sendiri tak kira la miskin atau kaya…hutang WAJIB di bayar. Kalau sikit tak apa.. ni hampir 2 juta org hutang sy. Saya harap ANDA YANG BERHUTANG tu akan bayar walaupun Rm200 – Rm300 sebulan sehingga hutang langsai. Jika anda gagal untuk membayar hutang2 anda, Pihak kami tidak teragak2 untuk memaparkan GAMBAR anda di media sosial. Jika anda di tempat saya, apa perasaan anda??? TOLONG jgn senyap atau menghilangkan diri. Sila hubungi staff kami 0182808560 utk menyelesaikan HUTANG TERTUNGGAK anda

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Ramai netizen menyatakan pendapat mereka mengenai isu hutang di ruangan komen Instagram Datuk Aliff. Antara komen-komen netizen :

” Hutang jangan dibawa mati… dosa besar.. “

” Wajib bayar hutang jangan bagi banyak alasan. Nt sekeluarga makan duit HARAM. betul kan @aliffsyukriterlajaklaris.. “

” Ya Allah besarnya amount tu… nanti roh terapung2 x d terima Allah sb berhutang.. “

” Betul tu benci betul dengan org yg suka hutang duit ni… Bukan mulut manis cakap nk bayar balik time pinjam… Bila dah pinjam diamkan diri buat2 tak tahu… Kita pun bukan org senang, bila dah ckp akan bayar balik nnti bayar lah… Tunaikan janji awak tu… Tak halal lah mcm ni pinjam duit org… “

” Lebih baik kita tiada apa- apa dari pada berhutang ! Sesiape yang ade hutang ngan orang tu gi le bayar .sikit pun takpa janji bayar.. “

” Kadang tok.. org yg hutang kita slumber aje.. kita ni pulak yg segan nk mta dia pulangkan.. “

Apa-apa pun hutang wajib di bayar, walaupun 1 sen, 10sen, RM1 sekali pun.  Jangan ambil ringan perkara ini. Ini kerana, ianya akan dituntut di akhirat nanti.

Tolong jangan buat orang yang memberi hutang sebagai pengemis untuk dapatkan semula bahagiannya. Masa pinjam mulut manis, lidah pun lembut. Tetapi masa nak pulangkan, pelbagai alasan diberi.

Semoga Datuk Aliff dapat kembali jumlah duit daripada orang yang berhutang dengannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aliff Syukri / Copyright Berita Kopak & Ciungwanara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *