Dia Diketawakan Semasa Reunion Oleh Rakan-Rakannya. Tetapi Selepas Mereka Pergi Ke Rumahnya, Mereka Malu Sendiri…

Dia Diketawakan Semasa Reunion Oleh Rakan-Rakannya. Tetapi Selepas Mereka Pergi Ke Rumahnya, Mereka Malu Sendiri…

Reunion adalah sesuatu yang disukai ramai orang. Semasa perjumapaan pasti akan ada cerita mengamit kenangan yang di ceritakan kembali selain bertanya khabar rakan-rakan yang lama tidak berjumpa.

Mereka adalah sahabat yang sudah lama. Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi. Sekarang mereka semua adalah suri rumah tangga dan tinggal di tempat yang sama. Mereka sering sekali berjumpa dan kadang-kadang pergi shopping bersama.

Sehinggalah pada suatu hari ketika mereka sedang pergi bershopping di sebuah supermarket, seorang daripada mereka mengenali seorang cashier yang bertugas di sebuah kaunter, rakan sekolah mereka yang telah lama tidak berjumpa.

Setelah dilihat selama beberapa lama, mereka memastikan itu adalah rakan mereka ketika sekolah dahulu. Lalu mereka menghampiri dan menegurnya.

Mereka bertiga berjalan membawa barang ditrolli dan menyapa rakannya mereka yang bertugas tersebut. “Hai, masih ingat dengan kami?” sapa mereka. Rakannya yang terkejut lantas tersenyum lantas menjawab, ”Ya, saya masih ingat ? Dari dulu lagi kamu ini selalu bertiga, mana mungkin saya lupa?”

Kemudian rakan cashier itu mengira jumlah barang shopping mereka. Salah seorang dari mereka bertanya seolah menyindir. ”Kamu di sini kerjanya jadi cashier ?” . “Ya kan, takkanlah dah berusia masih jadi cashier?” celah yang seorang lagi. Kemudian mereka bertiga tertawa kecil.

“Iya, saya memang dah lama kerja cashier disini. kenapa?” jawab rakan mereka itu dengan sabar. “Ya takde ape-ape. Saja bertanya, kan dah makin berumur takkan masih jadi cashier.” Lantas mereka bertiga ketawa kecil.

“Iya kan yang penting bekerja dan mendapat pendapatan dari usaha sendiri.” kata rakan mereka yang sudah siap mengira perbelanjaan mereka. Setelah membayar, Ani bertanyakan dimana rakannya itu tinggal.

Rakan Cashier mereka memberitahu di mana dia tinggal. Mereka bertiga bertanyakan bolehkah mereka datang ke rumahnya hujung minggu ini. Rakan cashiernya bersetuju dan menantikan mereka bertiga datang ke rumahnya.

Mereka sebenarnya berniat untuk mengambil gambar setiap sudut rumah rakan mereka itu dan akan memuatnaiknya di whatsapp. Jadi bolehlah mereka membawang di grup whatsapp itu.

Tiba harinya mereka bertiga pergi ke lokasi seperti yang di beritahu. Mereka terkejut kerna melihat rumah yang berada di lokasi tersebut sangat besar dan mewah. Meraka menyangka mereka tersilap alamat sehinggalah rakan mereka menjemput mereka masuk ke dalam.

“Benar ini rumah kamu?, rumah kamu sendiri atau kamu bekerja di rumah ini?” kata mereka. Kemudian rakan mereka itu menjelaskan ini adalah rumah miliknya sendiri.

Mereka tergamam tidak berkata. Mata mereka hanya memerhatikan segala perabut dan barang di dalam rumah tersebut. Mereka bertiga tidak menyangka rumah rakan mereka begitu mewah, tetapi mereka juga pelik memikirkan bgaimana cashier mempunyai rumah mewah begini?

“Kamu kan hanya cashier. bagaimana ada rumah semewah ini?” tanya mereka. Lalu rakan mereka mengatakan yang dia sebenarnya pemilik supermarket yang mereka selalu kunjungi itu. Pada hari mereka berjumpa itu, dia hanya datang untuk mengantikan seorang cashier kerana pengunjung terlalu ramai.

Mereka menjadi malu setelah tahu semuanya. Mereka jadi tidak berani bercakap lagi tentang kekayaan di depan rakannya itu karena mereka tahu rakannya itu jauh lebih kaya dari mereka.

Jadi, moral daripada cerita di atas adalah tidak perlulah kita bercakap besar dan membangga diri ketika berjumpa dengan rakan-rakan lama kita semasa majlis reunion. Kita tidak tahu apakah nasib mereka yang tidak menunjukkan kemewahan mereka di depan kita.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE ya!

Disediakan Dan Terjemahan Oleh Ciungwanara / Beritakopak

Sumber : lovemoney.