” Aku pandang ko, ko pandang aku.. ” – Jihan Dedah Apa Yang Berlaku Semalam

Aku pandang ko, ko pandang aku.. ” – Jihan Dedah Apa Yang Berlaku Antaranya Dengan Nabil Semalam Semasa Persembahan Zamani

Semalam Malaysia menjadi kecoh dengan kisah Zamani yang tidak dapat mengeluarkan suara semasa di minggu ke 5, konsert Gegar Vaganza.

Zamani difahamkan mempunyai masalah kesihatan sehingga menjejaskan suaranya. Menurut Datuk Ramli MS atau Tok Ram, suara Zamani terkoyak teruk.

Bagaimanapun pujian harus juga diberikan kepada kedua-dua pengacara Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Jihan dan Nabil dapat mengawal keadaan walaupun situasi begini tidak dijangka akan berlaku.

Mereka berdua turut memberi semangat kepada Zamani yang tertunduk memandang ke arah lantai pentas kerana tidak dapat meneruskan nyanyiannya.

Mereka berjalan menuju ke arah Zamani dan turut sama-sama menyanyi lagu tugasan Zamani iaitu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal kumpulan Flybaits sebagai tanda sokongan.

Nabil juga kelihatan beberapa kali memegang bahu dan mengusap belakang badan Zamani serta menenangkannya yang kelihatan sebak kerana tidak dapat menyempurnakan persembahan.

Menerusi akaun Instagram, Jiham memaklumkan konsert Gegar Vaganza semalam adalah pengalaman yang berharga buatnya sepanjang 5 tahun dia menjadi pengacara.

Segala macam perasaan bercampur baur, terharu sayu, sedih, bangga semuanya ada. Jihan mengucapkan terima kasih kepada teman pengacaranya Nabil kerana sama-sama berjaya mengawal situasi yang tidak dijangka semalam.

Dengan hanya pandang memandang antara satu sama lain, mereka sudah tahu apa yang patut mereka lakukan. Memang terbaik !!

Baca perkongsian Jihan di bawah :

Lain macam. Sepanjang 5 tahun kami mengendalikan #gegarvaganza semalam adalah pengalaman yg begitu berharga, berdiri di sebelah seorang lagenda yg kelu kerana tidak mampu menyanyi.. “

” Tiba2 satu dewan menyanyi bersama. Mata kami dari atas pentas menyaksikan betapa hebatnya aura seorang yg bernama ZAMANI.. “

” Terharu, sayu, sedih, bangga semua ada. Terima kasih @nabilzira kerana punya chemistry yg begitu kuat dgn aku.. “

” Kdg2 tak perlu bincang apa2. Aku pandang ko ko pandang aku terus sama2 tau nak handle situasi.. “

” Melihat keadaan abg zamani skrg teringat zamani slam yg dulu.. “

” Ya Allah berikanlah kekuatan, kesembuhan dan kejayaan buat abg @zamanislam_official. Moga Allah memberkati kita semua.. “

 

View this post on Instagram

 

Lain macam. Sepanjang 5 tahun kami mengendalikan #gegarvaganza semalam adalah pengalaman yg begitu berharga, berdiri di sebelah seorang lagenda yg kelu kerana tidak mampu menyanyi. Tiba2 satu dewan menyanyi bersama. Mata kami dari atas pentas menyaksikan betapa hebatnya aura seorang yg bernama ZAMANI. Terharu, sayu, sedih, bangga semua ada. Terima kasih @nabilzira kerana punya chemistry yg begitu kuat dgn aku. Kdg2 tak perlu bincang apa2. Aku pandang ko ko pandang aku terus sama2 tau nak handle situasi. Melihat keadaan abg zamani skrg teringat zamani slam yg dulu. Ya Allah berikanlah kekuatan, kesembuhan dan kejayaan buat abg @zamanislam_official . Moga Allah memberkati kita semua. . 📷 @badrulazhar_ @aqoimran #gv5 #jihanmuse #jihanhosting

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Rata-rata netizen memuji gandingan dan tindakan pantas pasangan pengacara ini. Antara komen-komen netizen :

” Congrats Jihan & Nabil.. you did a good job.. “

” Terima kasih @jihanmuse dan @nabilzira kerana anda bukan shj mengacara , pengacara yang hebat tapi kalian membawa suara hati semua mlm tadi.. “

” Kak jihan n nabil mmg terbaik .. tanpa mreka GV xmeriah la.. papon kami doakan abg zamani cpt sembuh.. tak sbr tgk abg zamani perform lgi next week.. “

” Bangga dengan @jihanmuse dan @nabilzira … tetiba banyak air mata keluar tgk show gegar vaganza malam tadi.. huhuhu apa2 pun korang terbaikk. Gelak sakan pun ada malam tadi kiki.. “

” Tahniah @jihanmuse dn @nabilzira korang mmg terbaik suka tgok ngandingan korang berdua mmg terbaik.. “

” Bila tgk semalam, betul betul nampak kenapa @nabilzira layak menang pengacara terbaik asia. Fast thinking, fast action. Drpd awkward jadi a really meaningful performance. Tahniah @nabilzira & @jihanmuse.. “

Sama-sama kita doakan kesihatan Zamani kembali pulih seperti biasa. Semoga dapat membuat persembahan yang baik pada minggu depan tak tidak mempersia-siakan peluang imuniti yang diberikan kepadanya.

Kepada Nabil dan Jihan, tahniah buat korang berdua. Korang memang gempak dan terbaik. Nabil memang layak menang Pengcara Terbaik Asia. InshaAllah sama-sama kita doakan untuk Jihan mula.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jihan Muse / Copyright Berita Kopak & Ciungwanara