” Kau daripada bagi mak beg LV, baik ko bagi tudung, lagi mak hargai.. ” – Bonda Rozita Ibrahim

” Kau daripada bagi mak beg LV, baik ko bagi tudung, lagi mak hargai.. ” – Datuk Aliff Syukri Buat Kejutan Datang Ke Pejabat Ibunya, Bonda Rozita Ibrahim. Alahai Sweet Sangat !!

Siapa yang tidak kenal usahawan kosmetik terkenal yang bergelar jutawan, Datuk Aliff Syukri dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim. Mereka sangat berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Pada awal kemunculan Datuk Aliff, secara umum ramai yang tidak mengetahui hubungan antara dua anak beranak ini. Namun begitu, lama kelamaan, hubungan mereka tidak lagi menjadi rahsia.

Jika dahulu mereka jarang berkongsi gambar dan video bersama-sama. Kalau tunjuk pun, sipi-sipi sahaja nampak mukanya. Tetapi kini mereka lebih terbuka mempamerkan hubungan kekeluargaan.

Yang terbaru, menerusi akaun Instagram, Datuk Aliff membuat kejutan melawat ibunya di pejabat. Datuk Aliff membawa hadiah beberapa beg yang mengandungi tudung untuk ibunya. Alahai sweetnya Datuk Aliff !!

Bonda Rozita pada permulaannya kelihatan terkejut dan sedikit menjerit apabila nampak Datuk Aliff masuk ke pejabatnya. Kata-kata Bonda Rozita kepada Datuk Aliff menarik perhatian netizen.

” Baiknya anak aku. Mana nak cari anak sebaik ini. Kau daripada bagi mak beg LV, baik ko bagi tudung, lagi mak hargai.. “

Apa yang lebih menarik, Bonda Rozita siap bertanya Datuk Aliff sama ada sudah sembahyang atau belum. Begitulah seorang ibu, walaupun anaknya sudah berkeluarga tetapi nasihat dan kebajikan anak masih dititikberatkan.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Biar org cakap apa sahaja pasal kita yg penting family kita tahu siapa kita.. setuju tak ??.. “

” Bagi sy biar siapa pun kita jgn lupa mak dan abah kita sbb mereka bkn nak duit yg banyak tpi cukuplah sekadar lah kita mengingatkan mereka dan menghargai mereka.. “

” InsyaAllah rezki kita lebih murah.. sbb mngkin rezki kita ini sbnarya hasil doa mereka.. “

” Bagi saya hari2 hari ibu.. @cloverush @cloverrush tudung sarung no1 malaysia .. “

Rata-rata netizen terhibur dengan video 2 anak beranak ini. Antara komen-komen netizen :

” Sejuk perut @bondarozitaibrahim ada anak sebaik dato @aliffsyukriterlajaklaris. Alhamdulillah.. “

” Sama lah ayat mak akk… dah solat blom.. klau blik kpg kje dia subuh2 ktuk pintu bilik.. ingt kn waktu subuh dh msuk.. “

” Betul dato @aliffsyukriterlajaklaris biar orang nak cakap ape pun yang penting family kita taw siapa kita yang sebenar.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah Dato.. semoga diluaskan lagi rezeki Dato sekeluarga.. “

” Dato ni sebenarnya memang penyayang & pengasih org nya… Walaupon nampak luarannya kasar…tp dlm hatinya hanya Allah je yg tau kan datin sri @shahidadherbs… Semoga terus maju jaya & sukses didlm bdg yg diceburi.. “

” Ini lah salah satu sikap dato @aliffsyukriterlajaklaris yg sy suka.. tambah perangai gile-2 nye.. mmg best.. untung bonda @bondarozitaibrahim ngan wife.. datin @shahidadherbs .. “

” Ko dah sembahyang belum….Ya Allah bonda… mcm mak sy … tu la soalannya walaupun dan beranak ramai nie… hahahahah.. “

” Bertuah betul dpt anak camni… Sejuk perut mak mengandung.. “

Tanpa ibu siapalah kita. Doa ibu adalah salah satu faktor yang menyumbang kejayaan seorang anak. Hargailah dan berbaktilah kepada ibu dan bapa anda sementara dia masih ada.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Datuk Aliff Syukri dan Bonda Rozita terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Selamat maju jaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aliff Syukri / Copyright Berita Kopak & Ciungwanara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *