” Sudah2 laa Datuk, dah macam bunyi katak saya dengar. Lagu Bobo Di Mana pon tak ke mana, ni buat pulak lagu baru.. “

” Sudah2 laa Datuk, dah macam bunyi katak saya dengar. Lagu Bobo Di Mana pon tak ke mana, ni buat pulak lagu baru.. ” – Datuk Aliff Syukri Terima Komen Pedas Rakam Lagu Baru

Usahawan kosmetik dan pengasas produk keluaran Dherb, Datuk Aliff Syukri memaklumkan beliau memang minat menyanyi. Seperti sebelum ini, lagu-lagu nyanyiannya iaitu Abang Nak Tegur dan Bobo Di Mana mendapat tontonan ramai di Youtube.

Lagu Bobo Di Mana menimbulkan kontroversi apabila tarian lagu ini dikatakan agak keterlaluan dan tidak sen0n0h. Koloborasi antara Datuk Aliff dengan Nur Sajat dan Lucinta Luna daripada Indonesia juga tidak disukai oleh netizen.

Datuk Aliff juga pernah berduet dengan isterinya, Datin Shahida menyanyikan lagu dakwah dan kerohanian yang bertajuk Deen As Salam (Agama Kedamaian).

Lagu ini mendapat pujian ramai yang mengatakan suara Datuk Aliff sangat merdu menyanyikan lagu keagamaan seperti ini. Dipadankan dengan suara Datin Shahida yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Solehah, nyanyian pasangan ini menarik perhatian ramai.

Yang terbaru, Datuk Aliff sekali lagi memuatnaik video sedang merakamkan lagu baru dengan komposer berbakat besar Edry Abdul Halim. Seperti biasa setiap lagu baru yang dinyanyikan oleh Datuk Aliff pasti akan mengundang kontroversi.

Datuk Aliff menerima komen-komen yang positif yang memberi semangat kepada Datuk Aliff untuk menyanyi. Antara komen-komen positif yang diterima daripada netizen :

” All the best Dato.. semoga success terus.. “

” Wah… kli ni komposer yg bnyk mnaikkn nma penyanyi. meletop2lh kli ni… “

” Muzik best yg penting suara dato pun semakin baik dan masuk dgn irama lagu ni… semoga dato semakin sukses.. “

” Ape kate dato duet dengan zamani… die ade aura die dato pn sama ade aura tersndri…. mna tau meletop.. “

” Biar la dato’ try apa dia nak. Nanti dh tua, dato’ X terkilan lg sbb semua dh buat.. “

” Terbaek Dato’… cm gini bru best. Tu baru dngr sikit… So kena tnggulh ya… tk sabar nk dengar full version… “

” Merdu suara dato… dlm berjuta org… “

Namun begitu, lebih banyak komen-komen negatif yang diterima daripada netizen menyuruh Datuk Aliff melupakan hasratnya untuk menyanyi. Antara komen-komen negatif :

” Sudah2 laa dato. Dah mcm bunyi katak sy dgr. Dorg yg buat lagu tu pndang duit dato jer. bkn pndang dato. Betol xde mata laa dato nie.. “

” X brape sedap.. Suara Edry lg sedap.. biar edry je nyanyi pon ok.. “

” Si Edry monolog jer dlm hati… adoi suara mcm katak… hahhaha.. “

” Terus baby nangis dengar dato nyanyi.. hahaha. kene pi dengaq kat tempat lain la mcm ni.. “

” Lagu bobo di mana pon xkemana dato’… ni buat plak lagu baru.. hmmm.. xpe la da minat xleh buat pe… kalo blh dato’ pg kelas vokal dlu la sblom buat album… “

” Lagu sedap sangat. Tapi suara dato tak sedap. Maaf sy jujur orang nyer. Sumpah suara dato memang sangat tak sedap.. “

” Lagu tu dah sedap….suara tu kelautan hindi..tapi takpe guna auto tune kembali ke daratan la suara tu nanti dato.. “

” Dato pegi la ujibakat i can see your voice Malaysia. Confirm terpilih jd penyamar.. “

Jom tonton video penuh di bawah :

” Sedap tak lagu baru saya ?? Semoga lagu ini tidak dikecam hebat dan diberi sokongan dari malaysia ,indonesia dan singapore… “

 

View this post on Instagram

 

sedap tak lagu baru saya?? semoga lagu ini tidak dikecam hebat dan diberi sokongan dari malaysia,indonesia dan singapore…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Apa-apa pun kalau sudah minat Datuk ke arah menyanyi nak buat macam mana. Yang penting duit mesti ada, semua kerja jadi beres. Apa salahnya kan ? Betul tak ?

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk Datuk Aliff dalam apa jua bidang yang diceburi.

Apa pendapat anda setelah mendengar lagu terbaru Datuk Aliff ? Kongsikan di ruangan komen ok.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aliff Syukri / Copyright Berita Kopak & Ciungwanara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *