Aku Tinggal Bersama Mertuaku. Satu Hari Ketika Balik Dari Kerja, Ibuku Bercakap Sesuatu Kepada Suamiku Yang Buat Aku Menitiskan Airmata…

Aku Tinggal Bersama Mertuaku. Satu Hari Ketika Balik Dari Kerja, Ibuku Bercakap Sesuatu Kepada Suamiky Yang Buat Aku Menitiskan Airmata…

Aku sudah berkahwin dengan suami selama 3 tahun. Kerana anakku masih kecil, jadi aku dan suamikui tinggal bersama mertua. Walaupun ianya sukar, tetapi aku berusaha menerima situasi tersebut.

Aku bekerja di h0spital dan waktu pulang ke rumah tidak kira masanya kerana jadual yang tidak menentu.

Pada mulanya, suami selalu menghantar bekal untukku setiap malam. Suamiku yang bekerja di sebuah syarikat luar negeri dan ianya aku tahu cukup meletihkannya.

Setelah menghantar bekal selama beberapa kali, aku mengatakan kepadanya supaya perlu manghantarnya lagi kerana aku tidak mahu dia susah lagi. Suamiku seorang yang menurut kata dan mendengar kata-kataku.

Tinggal bersama mertua bukanlah perkara yang senang. Kesukaran yang aku alami adalah aku susah tidur malam. Setiap pagi sebelum pukul 7, ibu mertua sudah memanggilku untuk bersarapan. Pada mula-mula, memang aku tidak biasa dan aku pernah mengatakan kepadanya supaya tidak membuatnya lagi.

Tetapi ibu mertuaku akan membalasnya dengan mengatakan  yang nanti aku mudah kena sakit jika tidak bersarapan. Kerana perkara yang sekecil itu aku selalu bertengk@r dengan ibu mertuaku.

Tetapi sekarang, aku perhatikan selepas aku balik kerja pasti ada masakan panas di atas meja. Sudah beberapa kali aku balik makanan sudah tersedia di atas meja.

Aku bertanya kepada suamiku, siapa yang membuatnya. Jawab suamiku ibunya yang membuatnya. aku sudah merasa tidak sedap hati. Yelah, pagi dia membuatnya, aku balik kerja pun dia menyediakan makanan untukku dan suamiku.

Pada malam itu, aku balik kerja dan aku melihat di atas meja ada makanan di atas meja. Aku lantas duduk di kerusi dan termenung memikirkan sampai bila harus begini. Menyusahkan ibu mertuaku.

Sedang aku duduk termenung itu, aku terdengar ibuku bercakap dengan suamiku..

“Sudah larut malam pun mak masih panaskan makanan untuk dia, Anak sudah besar, pandailah dia uruskan dia sendiri. Mak tak payahlah susah-susah macam tu…” terdengar suara suamiku menuturkannya.

” Tak perlu pun dia nak berterima kasih pada mak, mak melakukannya dengan ikhlas, mak suka kamu suami isteri duduk sini. Dia pun mak anggap macam anak mak, macam mak anggap kamu… Mak panaskan je bukanlah lama. Kalau dia sakit kamu juga yang susah…”

Setelah mendengar perkataan ibu mertua itu, air mataku mengalir dengan deras. Dulu aku melayan mak mertua dengan buruk, tapi beliau masih menyayangiku seperti anak kandungnya. Aku pasti akan jadi menantu yang berbakti untuk mereka! Aku berjanji! Mak, maafkan saya mak.

Belajarlah supaya kita dengan penuh kesabaran menyayangi mertua kita seperti ibubapa kita sendiri, supaya ibubapa kita juga nantinya akan di sayangi oleh menantunya.

Doa mereka akan dengan mudahnya membuka pintu langit, dan jika doa mereka berisi kebaikan buat kita, maka dengan sendirinya kehidupan kita bersama suami yang kita sayangi akan selalu dalam lingdunganNya.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Ciungwanara / Beritakopak

Sumber: story543