Kakakku adalah anak angkat sejak kecil. Selepas ayahku pergi, aku baca sehelai surat yang ditulisnya dan hatiku berdebar…

Kakakku adalah anak angkat sejak kecil. Selepas ayahku pergi, aku baca sehelai surat yang ditulisnya dan hatiku berdebar…

Sejak dari kecil aku dibesarkan oleh ayahku kerana ibu pergi semasa aku masih kecil. Menurut ayahku, Ibuku lem@s kerana ingin menyelamatkanku yang masih kecil pada ketika itu.

Ayahku seorang tegas tetapi tetap menyayangiku. dan dia tidak pernah memarahiku sejak dari kecil. Semua kemahuanku dia akan cuba turuti. Berbeza dengan kakak angkatku, jarang kemahuannya dituruti.

Semasa kecil jika aku berebut barang mainan dengan kakak angkatku, kakak angkatku yang selalu dimarahi oleh ayahku.

Waktu umur 7 tahun, aku dipukul kakak angkatku sehingga aku menangis kerana kakak angkatku itu tidak memberikan gula-gula kepadaku. Ayahku yang mengetahuinya terus memuk0l kakak angkatku dan membawanya ke bilik dan tidak keluar.

Sejak dari itu, kakak angkatku menjadi seorang yang berbeza. Dia seorang yang menjadi penurut. Tidak pernah memarahiku, membantahku, dan apa sahaja yang dikatakanku akan dia turuti. Aku berfikir mungkin ayahku telah memberitahunya status bahawa dia hanyalah anak angkat.

Ayahku hanya seorang penjual gerai. Walaupun dia selalu sibuk, tetapi pendapatannya tidaklah besar. Hidup kami bukanlah senang. Untuk menyara hidup kami bertiga memerlukan bos yang besar.

Oleh kerana hidup kami yang semakin sempit, kakak angkatku diberhentikan dari sekolahnya oleh ayahku. Dia menangis tetapi apa boleh buat, kami bukan orang yang miskin. jadi aku hanya seorang yang bersekolah walaupun aku tahu kakakku lebih cerdik dariku.

Tiba masanya aku masuk kolej, ayah sangat senang hati. Walau keadaan tubuhnya semakin buruk. Dia tetap bangun pagi untuk mencari wang bagi menyara pengajianku. Setelah selesai belajar, aku bekerja di luar bandar.

Pada satu hari, kakak angku menelefonku, dia mengatakan ayah berada dalam keadaan ten@t. Dia menyruhku agar cepat pulang. Tetapi sampai di rumah, ayahku sudah pergi. Kakakku menangis di sebelahnya. Dia berkata yang ayahku menyebut-nyebut namaku sebelum dia pergi.

Setelah selesai dikebu mikan, aku memberitahu kepada kakak angkatku yang sekarang ayah sudah tiada. Rumah ini adalah rumahku, dia boleh bebas pergi ke mana pun dia mahu. Kakak angkatku hanya terdiam, dalam keadaan yang masih sedih dia meninggalkan rumah.

Setelah dia pergi aku melihat keadaan dalam rumah dan terjumpa sebuah kotak. Waktu ayahku masih hidup, dia tidak membenarkan sesiapa membuka kotak tersebut.

Aku tidak tahu apa yang ayah sembunyikan. Aku lantas membukanya. Di dalamnya ada buku bank. Ada simpanan berjumlah yang banyak sekali di dalamnya.

Di dalam buku simpanan bank itu, aku terjumpa sehelai surat. dan apabila ku baca, hatiku mula berdebar…

“Razak, ketika kamu melihat surat ini, bermakna ayah sudah pergi. Ada beberapa perkara yang perlu ayah sampaikan. Sebenarnya, kamu bukan anak kandung ayah. Kakak angkatmu itu adalah anak kandung ayah. Waktu kamu kecil, yang jatuh ke dalam sungai bukan kamu tapi kakakmu.

Kakakmu diselamatkan oleh ayah kandungmu. Ketika ayah kandungmu kembali mahu menyelamatkan ibumu, mereka berdua sama-sama tenggelam. Kamu adalah anaknya. Kerana mahu berterima kasih pada ayahmu, ayah pun mengangkatmu sebagai anak.

Ketika kamu berumur 7 tahun, kakakmu tahu semua ini. Dia anak yang baik. Dia diam-diam menjagamu dan bekerja demi kamu sebagai rasa terima kasihnya. Ayah harap kamu tidak menyalahkan kakakmu.

Ayah harap wang dalam simpanan ini dibahagi sama rata. Ini adalah wang yang berhasil Ayah simpan selama ini. Kalau surat ini anda baca bersama, Ayah sangat senang. Tapi kalau cuma kamu sendiri yang baca, Ayah sama kakak mengerti. Tapi Ayah harap, kakakmu masih orang yang terdekat denganmu. Semoga hidupmu lancar. Selamat tinggal, anakku!”

Setelah membaca surat ayah, aku menangis meraung. Aku terus keluar rumah mengejar kakak tetapi kakak sudah pergi jauh.

Aku kembali rumah, menyimpan kembali surat dan buku simpanan itu ke dalam kotak. Tidak peduli ke mana pun harus cari, aku bertekad untuk bertemu kakakku.

Dia adalah satu-satunya orang yang terdekat denganku, juga wasiat ayah. Tidak peduli sampai ke mana pun, aku pasti akan mencarinya dan kita akan hidup bersama selamanya!

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan dan Terjemahan Oleh Ciungwanara / Beritakopak.org

Sumber : lookingforward