Lelaki Ini Membaca Surat Yang Ditulis Oleh Seorang Guru Besar Sekolah. Surat Itu Ditujukan Untuk Semua IBUBAPA Di Seluruh Dunia…

Lelaki Ini Membaca Surat Yang Ditulis Oleh Seorang Guru Besar Sekolah. Surat Itu Ditujukan Untuk Semua IBUBAPA Di Seluruh Dunia…

Di dalam budaya kita, kita mengharapkan anak-anak untuk rajin belajar tidak kira waktu. Anak-anak wajib mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan.

Ibubapa mana yang tidak mahukan anak mereka menjadi orang yang pandai. Tetapi jika ibubapa tidak mendidik anak-anak dengan cara yang betul, ibubapa juga yang akan mengalami kerugian.

Seorang penceramah motovasi terkenal dari Singapore, Jay Shetty telah membaca surat dari seorang guru besar di salah sebuah sekolah di negara itu. Surat itu ditujukan untuk semua ibubapa di seluruh dunia.

Kandungan surat itu tertulis :

Di antara pelajar yang menghadapi peperiksaan, di antara mereka ada pelukis yang tidak memahami matematik, ada usahawan yang tidak berminat dengan sejarah, ada ahli muzik yang tidak mempedulikan tentang kimia, dan ada ahli sukan yang melihat kekuatan fizikal lebih penting dari nilai peperiksaan.

Adalah perkara yang mengembirakan jika sebagai ibubapa melihat anak mereka mencapai markah yang baik di dalam peperiksaan di sekolahnya. Tetapi jika anak mendapat markah yang kurang memuaskan, janganlah cepat emosi dan memarahinya. Beritahulah pada mereka “Tidak apa-apa nak, ini hanyalah peperiksaan”.

Bercakaplah pada mereka “Jika kamu tidak mendapat markah yang baik, ibu akan tetap sayang dan tidak pernah menyalahkanmu”.

Setiap ibubapa perlu melakukan perkara ini, perlu memerhatikan perasaan dan usaha anak anda. Ajarkan mereka cara bagaimana untuk berjaya di dunia dan mewujudkan cita-cita mereka.

Tidak mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan, bukanlah bermakna impian dan bakat yang mereka miliki telah berakhir. anak-anak yang tidak mendapat markah yang baik bukanlah bermakna mereka tiada masa depan. dan anak-anak yang mendapat pmarkah yang baik, tidak bermakna juga mereka akan berjaya satu hari nanti.

Jadi, tolonglah jangan menganggap doktor atau jutawan sahaja yang paling berbahagia di dunia ini. Sebenarnya, manusia yang tahu bakat mereka dan mereka bahagia melakukannya adalah orang yang paling berbahagia di dunia.

Begitulah tulisan dari surat tersebut yang di bacakan oleh Jay Shetty. Ianya benar-benar memberi makna yang baik bagaimana kita mendidik anak-anak kita dengan cara yang benar.

Terima kasih kerana membaca. silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Terjemahan oleh Ciungwanara / Beritakopak

Sumber: Micelle