Gara-Gara Tidak Tahan Dikecaam, Datin Shahida Tutup Akaun Instagram. Posting Terakhir Beliau Buat Ramai Yang SEBAK !!

Gara-Gara Tidak Tahan Dikecaam, Datin Shahida Tutup Akaun Instagram. Posting Terakhir Beliau Buat Ramai Yang SEBAK !!

Semalam menerusi akaun instagram, usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri meminta orang ramai tidak memberi tekanan kepada isterinya, Datin Shahida.

Berikutan kata-kata dan tindakan Datuk Aliff semasa konsert Gegar Vaganza minggu lepas, difahamkan Datin Shahida sangat tertekan dengan kecaaman dan kritikan netizen yang tidak henti-henti menyeraangnya melalui akaun instagram.

Baca perkongsian Datuk Aliff di instagramnya :

” Bila kita berusaha utk membuat prmosi separuh mati dgn modal berjuta dan smua telah dirancang.. mudah sungguh org menjatuhkan kesalahan saya.. “

” Tapi ingat plz jgn kacau, commant ke tag wife saya @shahidadherbs dia dah ckup tertekan silap haribulan boleh giila… “

” Bygkan mudahkan kerja si dia hanya sekadar tweet dan up kat ig dan mencetuskan perbaalahan.. .. #biarapaorgkata allah maha besar dan adil.. “

Malam tadi melalui akaun instagram, Datin Shahida turut meluahkan apa yang terpendam di hatinya. Beliau juga turut meminta maaf atas balasan komen-komen yang agak pedas diberinya kepada netizen.

Dalam keadaan kita beremosi mungkin kita akan bertindak di luar kebiasaan kita. Datin Shahida juga manusia biasa tidak dapat lari dari perasan sedih, maarah, kecewa dan sebagainya.

Baca perkongsian Datin Shahida di bawah :

“ Ketika berusia 21 tahun, ketika ini saya tidak pernah mengimpikan apa2 yg indah ttg hidup, perempuan biasa tinggal di rumah flat, bapa pemandu teksi ada 6 adik beradik semuanya lelaki.. “

“ Dalam hati dan fikiran saya pun akan hidup biasa mcm orang lain, tak pernah terfikir suatu hari saya akan menjadi bahan cemuhan masyarakat…… “

” Tak pernah terfikir apa2 yg buruk kecuali nak ada hidup yg lebih baik, x ada bercita2 tinggi.. “

“ Saya sedih 2 hari ni tapi bila anak2 dah tidur semua saya fikir kenapa saya perlu bergaaduh dgn semua orang dan mempertahankan diri….. (jadi saya minta maaf kepada semua yg komen saya balas mungkin agak biadaap).. “

” Tak seharusnya saya membalas komen2 tersebut dgn emosi sbb Kita x boleh paksa manusia suka dan terima kita.. “

“ Ini mungkin ujian saya … ujian kita berbeza kan…… bila kita berduit kita diuji hal begini, kalau kita bahgia kasih sayang kita diuji bab lain pula….. “

” Mcm lah org kata apa2 pun saya tidak simpan dalam hati.. “

“ Setiap hari saya belajar menjadi yg terbaik, ibu yg terbaik ,isteri yg terbaik, sahabat yg terbaik dan seorang hamba yg terbaik di sisi tuhannya. Saya bukan artis dan saya x tahan dikecaam.. “

“ Saya tetap akan ada di @aliffsyukriterlajaklaris sbb saya kenal dia….. berkat rezeki dari Allah dan usaha dia cari rezeki selama 10 tahun setiap tahun saya dapat umrah, dapat pergi haji, tu kebesaran nikmat pada saya yg saya paling bahgia.. “

“ Saya selalu mendoakan yg terbaik buat dia, tapi saya lebih yakin Allah itu lebih maha mengetahui dan maha mengasihi.. “

“ Minta maaf sebanyak2 nya dgn hati yg paling ikhlas…… supaya bangun pagi nanti saya x mau fikir hal ini lagi sbb saya masih ada anak2 yg perlu saya didik dan disayangi.. “

“ Kesilapan percakapan itu tidak disengajakan dan saya sendiri pun kadang2 terlepas cakap cuma x masuk TV je lagi.. “

“ Saja nak tambah gara2 isu ni rmaai komen nak unfollow…. tapi kan… tapi kan followers saya 2 hari ni naik 20k dah…. “

” Tapi x tau lah follow nak kutuuk ke nak apa (gurau je tau sbb dah sedih2 ending ni nak bg happy sikit)..”

Walau bagaimanapun, hasil carian kami di Instagram, hari ini Datin Shahida telah pun menutup akaun Instagramnya. Malam tadi admin sempat printscreen posting terakhir (di atas) daripada Datin Shahida.

Mungkin Datin Shahida ‘bercuti’ daripada dunia Instagram untuk seketika bagi menenangkan fikiran yang sedang berserabut. Semoga lepas ini, Datin Shahida akan kembali aktif seperti biasa.

Ingatlah netizen di luar sana, kata-kata boleh menjadi setajam pisaau dan pedaang. Tanpa kita sedari mungkin boleh melukaakan hati seseorang.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Datin Shahida tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. Lumrah menjadi seorang yang dikenali pasti akan menjadi perbualan orang ramai sama ada berbuat baik atau pun sebaliknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak / Ciungwanara