” Pejam celik dah genap 3 tahun Jemyma membesar dirumah ibu tanpa seorang ayah. Tapi.. ” – Fasha Sandha

” Pejam celik dah genap 3 tahun Jemyma membesar dirumah ibu tanpa seorang ayah. Tapi.. ” – Ucapan Fasha Sandha Sempena Hari Lahir Anaknya, Jemyma Buat Ramai Yang SEBAK !!

Menerusi akaun instagram, pelakon cantik Fasha Sandha mendedikasikan surat cinta untuk anaknya Putri Raysha Jemyma sempena hari kelahiran si comel ini yang ke 4 tahun pada hari ini.

Ramai sedia maklum, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai pada 27 April 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli dan seorang anak perempuan Putri Raysha Jemyma.

Namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan dan akhirnya mereka bercerai pada 20 Januari 2016. Walaupun sudah berpisah, tetapi hubungan mereka masih lagi baik dan saling berhubung demi anak-anak.

Setiap kali hari lahir anak, mereka biasanya akan meraikannya bersama-sama demi membahagiakan anak-anak.

Menurut Fasha, sudah 3 tahun Jemyma membesar tanpa seorang ayah di rumahnya. Tetapi Fasha tetap berikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Baca surat cinta Fasha di bawah :

” Surat Cinta Untuk Jemyma, Anak ibu Putri Raysha Jemyma.. “

” 7hb Nov, Cepatnya masa berlalu, Selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu. Ibu Sayangkan Abang Rayfal dan Adik, lebih daripada ibu sayangkan nyawa ibu.. “

” Ibu tahu ibu bukan seorang ibu yang sempurna, ibu tak dapat memberikan keluarga yang sempurna untuk abang dan adik, tetapi ibu akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan yang sepenuhnya untuk anak2 ibu.. “

” Pejam celik dah genap 3 tahun Jemyma membesar dirumah ibu tanpa seorang ayah. Alhamdulillah kita masih mampu tersenyum dan bahagia bersama.. “

” Dihari lahir mu sayang, ibu doakan agar adik membesar dengan baik, sihat dan bijak. Ibu sentiasa mendoakan yang baik2 untuk anak ibu2.. “

” Di waktu ibu masih kecil, ibu membesar tanpa seorang ayah tetapi nanni membesarkan ibu dengan baik dan sempurna sehingga ibu berjaya, dan ibu mengharapkan agar ibu juga dapat buat yang terbaik untuk kedua anak ibu.. “

” Jemyma Sayang, Terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu, dan mewarnai hidup ibu dengan penuh keceriaan.. “

” Ya adakalanya ibu dibuli, tapi ibu terima seadanya, dan mengharapkan Jemyma akan menghargai segala pengorbanan ibu dan keluarga terutama dada, Nani dan Mucha yang bersusah payah memberikan yang terbaik demi kebahagiaan anak2 ibu.. “

” Jemyma adalah kesayangan semua, seorang yang penyayang dan pandai ambil hati. Kekalkan sifat ini sampai bila2 sayang.. “

” Tidak rugi untuk kita berbuat baik dan menyayangi kerana itu adalah sifat yang mulia. Ibu harap Jemyma dapat baca ucapan ibu ni bila besar nanti.. “

” Selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu, Nyawa ibu. Semoga Allah memberikan kebahagiaan selama lamanya untuk kita sekeluarga.. “

” Ibu sedang menulis sambil menitiskan air mata kesyukuran. I love you My Princess. #jemymaturns4.. “

” Gambar kenangan di #jemymaturns3 #jemymaturns2 #jemymaturns1.. “

 

View this post on Instagram

 

#jemymaturns4 Surat Cinta Untuk Jemyma Anak ibu Putri Raysha Jemyma 7hb Nov Cepatnya masa berlalu Selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu Ibu Sayangkan Abang Rayfal dan Adik, lebih daripada ibu sayangkan nyawa ibu. Ibu tahu ibu bukan seorang ibu yang sempurna, ibu tak dapat memberikan keluarga yang sempurna untuk abang dan adik, tetapi ibu akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan yang sepenuhnya untuk anak2 ibu. Pejam celik dah genap 3 tahun Jemyma membesar dirumah ibu tanpa seorang ayah. Alhamdulillah kita masih mampu tersenyum dan bahagia bersama. . Dihari lahir mu sayang, ibu doakan agar adik membesar dengan baik, sihat dan bijak. Ibu sentiasa mendoakan yang baik2 untuk anak ibu2. Di waktu ibu masih kecil, ibu membesar tanpa seorang ayah tetapi nanni membesarkan ibu dengan baik dan sempurna sehingga ibu berjaya, dan ibu mengharapkan agar ibu juga dapat buat yang terbaik untuk kedua anak ibu. Jemyma Sayang,Terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu , dan mewarnai hidup ibu dengan penuh keceriaan. Ya adakalanya ibu dibuli, tapi ibu terima seadanya, dan mengharapkan Jemyma akan menghargai segala pengorbanan ibu dan keluarga terutama dada, Nani dan Mucha yang bersusah payah memberikan yang terbaik demi kebahagiaan anak2 ibu. Jemyma adalah kesayangan semua, seorang yang penyayang dan pandai ambil hati. Kekalkan sifat ini sampai bila2 sayang. Tidak rugi untuk kita berbuat baik dan menyayangi kerana itu adalah sifat yang mulia. Ibu harap Jemyma dapat baca ucapan ibu ni bila besar nanti. selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu, Nyawa ibu. Semoga Allah memberikan kebahagiaan selama lamanya untuk kita sekeluarga. ❤️ Ibu sedang menulis sambil menitiskan air mata kesyukuran ❤️ . I love you My Princess . #jemymaturns4 Gambar kenangan di #jemymaturns3 #jemymaturns2 #jemymaturns1 ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata peminat terharu membaca luahan isi hati Fasha. Peminat turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir untuk Jemyma. Antara komen-komen peminat :

” Surat utk jemyma. tapi i yg nangis bila baca.. “

” Happy biryhday jemyma.. Semoga membesar dgn sihat dan dilindungi Allah S.W.T… Aaamin.. “

” Happy Birthday Raysha. Semoga panjang umur, sihat sentiasa, semoga berjaya di dunia dan di akhirat dan semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah (S.W.T).. “

” Nape sy plk rse sedih ni adoiii happy birthday lil princess.. “

” Sebak baca, happy birthday little princess.. “

” Sanah helwah Jemima. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yg solehah buat kedua ibu bapa, semoga sentiasa di berkati dan dirahmatiNYA, dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. “

” Hapie besday jemyma, ayat paling sedih sgt … Ibu membesar tanpa Ayah , ya Allah aq yg besar ni pon dh 34 thn meniti hari2 tua tanpa Ayah dh sasau.. u can do it girl @fashasandha .. semoga bertambah bahagia.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Putri Raysha Jemyma. Semoga membesar dengan sihat dan bijak, jadi anak solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa dan keluarga di dunia dan akhirat. Aminnn..

Silakan SHARE…

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak / Ciungwanara