Penarik beca Miskin Ini Menjumpai Beg Berisi Berlian dan Duit 3 Ribu Lebih, Walaupun Dia Kekurangan Wang Tetapi Dia Memulangkannya. Pemilik Beg Bertanya Kepadanya Apa Permintaannya…

Pemandu beca Miskin Ini Menjumpai Beg Berisi Berlian dan Duit 3 Ribu Lebih, Walaupun Dia Kekurangan Wang Tetapi Dia Memulangkannya. Pemilik Beg Bertanya Kepadanya Apa Permintaannya…

Jika kita adalah orang yang miskin yang selalu kekurangan duit dan terjumpa dengan duit dan berlian adakah kita akan memulangkannya?. Adakah kita akan mengambil dan menjualnya atau menyerahkan kepada pihak yang sepatutnya?

Seorang pemandu beca di India ini memberikan teladan yang sangat berharga tentang kejujuran. Namanya Mantu Saha. Pertanyaan seperti di atas itulah yang di alami Mantu. Tetapi dia menunjukkan kemiskinannya itu hanyalah miskin harta sahaja tetapi kaya dengan kejujuran.

Dipetik dari Boldsky, kisah ini bermula apabila seorang wanita bernama Rukhmini Devi yang membawa beg tangan berisi barang kemas dan berlian bernilai 298 ribu rupee (rm 17000) dan wang tunai 60 ribu rupee (RM3400).

Setelah membeli barang di sebuah kedai di Howrah, India, wanita ini memanggil seorang pemandu beca. Kebetulan di tempat itu Mantu sedang menunggu penumpang. Rukhmini akhirnya menaiki beca Mantu untuk menghantarnya pulang ke wilayah Liluah, India.

Setelah sampai di rumah, Rukhmini menyedari begnya tiada dan teringat meninggalkannya di beca. Kemudian dia pergi ke Balai P0lis Belur untuk membuat laporan.

Di tempat lain, Mantu sudah kembali ke rumahnya yang terletak di Belur Simultala Ghat. Dia terkejut apabila melihat sebuah beg tangan di kerusi belakang becanya. Dia kemudian masuk ke dalam dan menunjukkan isi beg tangan itu kepada isterinya, Anu.

Tanpa berfikir panjang, pasangan itu mengambil keputusan untuk memulangkan beg tangan tersebut. Mereka pergi ke Balai P0lis Belur dan menyerahkan beg tangan tersebut.

Selepas itu, pihak p0lis memanggil Rukhmini untuk pengesahan. Melihat barang perhiasan dan duit yang tak terusik, Rukhmini merasa sangat terharu dengan kejujuran Mantu. Rukhmini dengan segera memberikan saguhati berupa wang tunai berjumlah 10 ribu rupee, atau lebih kurang RM 570.

Rukhmini mengucapkan terima kasih dan bertanya kepada Mantu apakah yang dia mahu beli dengan wang saguhati tersebut. Mantu yang memang kekurangan wang menyatakan yang dia ingin membawa bajaj. Mantu berharap dapat meningkatkan ekonomi keluarganya.

Rukhmini berjanji pada Mantu yang dia akan membantu Mantu mendapatkan kendaraan tersebut dengan biaya darinya.

Begitulah sikap orang yang jujur yang ditunjukkan oleh Mantu. Dia boleh mendapatkan kenderaan yang diinginkannya dengan mengambil berlian dan duit tersebut tetapi dia lebih rela memulangkannya kerana itu bukan miliknya. Dia memang benar-benar seorang yang jujur.

Terima Kasih Kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan dan Disediakan oleh Ciungwanara / Beritakopak

Sumber Asal : indiatimes