” Tok Ram bagi la Zamani masuk final. Tak juara, bagi Top 3.. “

” Tok Ram bagi la Zamani masuk final. Tak juara, bagi Top 3.. ” – Netizen Komen Di Instagram, Respon Tok Ram Buat Ramai Yang Ketawa Berdekah-Dekah. Serius KELAKAR !!

Nama Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.

Pada 18 Mac 2013, Ramli MS telah bernikah dengan penyanyi Alyah. Anak kelahiran Geylang, Singapura ini mendapat panggilan mesra sebagai Tok Ram oleh pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Selain diundang menjadi juri Gegar Vaganza, banyak program-program muzik yang lain turut menjemput beliau mengadili pertandingan tersebut. Antaranya Akademi Fantasia, Duo Star, AF Megastar dan banyak lagi.

Ilmunya dalam bidang muzik tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau juga sering menjadi rujukan artis-artis dari segi nyanyian, penghayatan dan persembahan.

Walaupun mukanya nampak serius dan garang, tetapi siapa sangka rupa Tok Ram ini pandai bergurau orangnya.

Sering kelihatan bergurau kasar dengan Nabil dan Jihan semasa konsert Gegar Vaganza berlangsung, tetapi sebenarnya hubungan mereka sangat akrab di luar.

Yang terbaru, Tok Ram ada memuat naik beberapa gambar di konsert Gegar Vaganza minggu lepas. Apa yang menariknya, caption yang ditulis oleh Tok Ram pada entrinya menarik perhatian netizen.

” 1st time begambor gan 2 anak tiri yg xbole blah prangai (ikon setan merah). Tq @syafieq_ayman baju, Tq @azrul_rafie gambor sorang, Tq @aqoimran gambor gan (ikon setan merah.. haha) “

Rata-rata netizen terhibur dengan posting Tok Ram dan turut sama mengusiknya. Antara komen-komen netizen :

” Hhahaha suka btl sy @tokram_ramlims bergurau ngn @jihanmuse &@nabilzira …. npk kasar tapi best sb ia sllu buat kami terhibur.. “

” Betol lah tu.. perangai ank tiri sama naik dgn bapaaakk dia.. “

” Muka seyesnya….tpi ttp klah ditgn nabil n jihan.. “

” Tok ram bg petua sikit mcm mana dgn jayanya tok ram melayan 2org anak tiri yg caca merba tu.. “

” Nape @tokram_ramlims nampak cam sebaya dengan ko jek Nabil @nabilzira hihihi… abis la tok ram dah ambik seri korang nabil dan @jihanmuse.. “

” Hahahaha. lawaklaaa tokram ni. btw suka gilaa tgk muka org ala² siyes mnjang tp bila muka mulut ngn jihan nabil abehlaaa dia pnya lawak tu.. “

” Hahaha suka tengok @tokram_ramlims dengan ank2 tiri @nabilzira kat gegar vaganza macam-macam perangai.. “

” @tokram_ramlims makin tua makin encem. tapi macam mane la @nabilzira dah tua nanti. encem ke idok? takleh imagine hahaa.. “

Jihan Muse turut memberi komen di entri berkenaan. Apa yang menariknya, jawapan Tok Ram terhadap komen Jihan Muse dan beberapa netizen yang lain buat ramai yang terhibur.

Alahai serius kelakar. Kalau tak percaya baca komen-komen di bawah :

Yang paling mencuti hati apabila ada seorang netizen meminta Tok Ram memberi Zamani untuk masuk final Gegar Vaganza, respon daripada Tok Ram buat ramai yang terhibur. Serius kelakar !!

Alahai serius kelakar. Sampai senak perut ketawa baca respon daripada Tok Ram. Tak sangka muka nampak serius dan garang. Tapi rupanya ada jiwa pelawak juga Tok Ram ni.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan Tok Ram kekal sihat dan ceria-ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ramli Mohamed Salleh (MS) by Berita Kopak / Ciungwanara