” Badan besar dik, gagah perkasa tapi latah.. ” – Gelagat Azhan Rani Melatah Diusik Oleh Raja Azura Buat Ramai TERHIBUR. Serius LAWAK !!

” Badan besar dik, gagah perkasa tapi latah.. ” – Gelagat Azhan Rani Melatah Diusik Oleh Raja Azura Buat Ramai TERHIBUR. Serius LAWAK !!

Bakat lakonan pelakon Azhan Rani yang selalu membawa watak antagoniis tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun mungkin namanya orang tidak berapa kenal, tetapi wajahnya sering muncul di kaca TV.

Walaupun selalu membawa watak sebagai pembantu, tetapi watak yang dibawanya nampak real dan memang menjadi.

Ramai yang tidak tahu rupa-rupanya pelakon drama bersiri Nur ini rupanya kuat melatah. Walau pun nampak muka macam serius, tetapi bila dicuit sedikit pasti akan terkeluar latahnya.

Yang terbaru, pelakon dan pengacara popular tanahair, Raja Azura memuatnaik satu rakaman video bersama Azhan Rani.

Menerusi video itu, Azhan sedang memandu kereta dan Raja Azura sebagai penumpang duduk di sebelahnya. Turut bersama mereka adalah dua orang lagi yang duduk di bahagian belakang.

Sambil memandu, Raja Azura mengusik dan menyakat Azhan berkali-kali sehingga terkeluar latah Azhan. Selamatlah Azhan masih boleh fokus membawa kereta.

Bimbing juga kalau Azhan melatah sambil tekan minyak, tak tahu apa akan jadi. Apa-apa pun minta dijauhkan.

” Badan besar dik, gagah perkasa tapi latah.. “

” Akak pun tak faham kau ni dik, muka macho, lawaan bukan main lagi berdentum-dentum tapi latah.. ” kata Raja Azura.

Namun begitu, netizen terhibur dengan gelagat dua selebriti ini.

Jom tonton video penuh di bawah :

Cheritera #ceritadalamkain nahhh ni pelakon macho malaysia hebat lakonan mantap.. kena berlakon dgn sri seramnm tersingkap sudah… “

” @azhan_rani melatah adik akak niii ohhh meninggalkan kemachoannya di belakang #primadona #nampakk #okbaii.. “

 

” Hahaha… dlm tv bukan main gaaangster… latah rupanya abg macho ni…. “

” Haha.. azhan rani memg kaki latah.. byk je video latah dia.. “

” @raja_azura haaa amik kau abam @azhan_rani terpancar segala kelatahan wahahaha.. “

” Serius arr dia nii latah … ulang kali tngok mcm x caya jew .. masa lakonan serius betul .. “

” @raja_azura tk sangka plak @azhan_rani melatah.. ketawa besor sya mndengornya.. “

” Jangan salah pulas stereng dah la kak oii…. haha… syok tgk abg azhan rani melatah.. “

Ramai yang baru tahu Azhan Rani ni melatah orangnya. Sebenarnya sudah banyak video Azhan Rani melatah. Di sini admin kongsikan beberapa video lagi. Jom layan..

Semoga Azhan Rani terus berjaya dalam bidang lakonan. Semoga dapat memenangi anugerah-anugerah yang akan lebih mengangkatkan namanya di persada seni tanahair.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raja Azura / Youtube by Berita Kopak / Ciungwanara