Fasha Sandha Kongsi Gambar Dan Video Sekitar Majlis Hari Lahir Jemyma. Part Jejai Kiss Anak-Anak Buat Netizen SEBAK !!

Fasha Sandha Kongsi Gambar Dan Video Sekitar Majlis Hari Lahir Jemyma. Part Jejai Kiss Anak-Anak Buat Netizen SEBAK !!

Semalam kami kongsikan surat ‘cinta’ atau pun ucapan pelakon jelita, Fasha Sandha sempena kelahiran anak perempuannya Putri Raysha Jemyma.

Boleh baca DI SINI -> ” Pejam celik dah genap 3 tahun Jemyma membesar dirumah ibu tanpa seorang ayah. Tapi.. ” – Ucapan Fasha Sandha Sempena Hari Lahir Anaknya, Jemyma Buat Ramai Yang SEBAK !!

Jemyma menyambut ulang tahun kelahiran yang keempat semalam. Sambutan yang dibuat oleh Fasha nampak simple tetapi sangat-sangat meriah ditambah lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Apa yang menariknya setiap kali membuat majlis hari lahir anak-anak, bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai turut akan meraikannya bersama-sama.

Ramai sedia maklum, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 27 April 2012. Namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan dan akhirnya mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Ramai yang memuji Fasha dan Jejai, walaupun sudah berpisah tetapi tetap sporting dan profesional lebih-lebih lagi dalam hal dan perkara yang menggembirakan dan membahagiakan anak-anak mereka.

Pelakon Aidil Aziz yang merupakan kekasih Fasha Sandha juga turut hadir memeriahkan sambutan hari lahir Jemyma.

Antara komen-komen peminat di instagram Fasha Sandha :

” Touchingnya tgok video ni sambil dengar lagu ni…@fashasandha moga terus menjadi ibunya terbaik buat Rayfal dan Jemyma.. “

” Mata msuk habuk plak… dpt merasakn ape yg fasha rase… “

” Sweet n loving family. Cuma sayang Jejai tak bersama dia org lagi. Fasha.. you’re a wonderful mom ! “

” Waaahhh…tahniah sis @fashasandha be a good mother for them.. I know they will love u forever.. “

” Sy bangga dgn awk fasha.. Jg amanah ngn baik.. Moga awk bahagia brsama yg trsyg… “

” Comel sgt ank @fashasandha …. happy bday… jd ank solehah ye syg.. “

” Happy bday princess, semoga jadi anak solehah yang berjaya, menggembirakan hati ibu ayah dan sentiasa dipelihara Allah amin.. “

” Selalu aku trtnggu2 sgt birthday anak2 fasha n jejai.. simple tapi sgt meriah.. suka sgt2 tgk.. “

” Tak tau… rsa sebak plak tngok jejai kiss ank2 dia…. trserlah kasih syg seorg ayah… btw, happy bday jemyma… “

” Part @rizalashramrnt Kiss anak2 so touched….. Happy birthday princess jemyma.. “

Di sini kami sertakan beberapa gambar dan video sekitar majlis sambutan hari lahir Jemyma yang dimuatnaik di akaun instagram Fasha Sandha :

Thank you Abang Handsome Jaa jadi clown for the kids today sampai pancit. #jemymaturns4.. “

” Jemyma happy sangat hari ni. Alhamdulillah. @jaasuzuran.. “

” Kanak2 riang sungguh.. #jemymaturns4.. “

 

View this post on Instagram

 

Kanak2 riang sungguh. ❤️ #jemymaturns4

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

” Kasih ibu, tiada tandingannya. Senyuman mu adalah penawar dukaku. I love you my Princess #jemymaturns4.. “

 

View this post on Instagram

 

Kasih ibu, tiada tandingannya 😢 Senyuman mu adalah penawar dukaku. . I love you my Princess #jemymaturns4

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kami di Berita Kopak sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang keempat buat Putri Raysha Jemyma yang comel dan manis.

Semoga membesar dengan sihat dan bijak, jadi anak solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa dan keluarga di dunia dan akhirat. Aminnn..

Silakan SHARE…

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak / Ciungwanara