Gambar ‘Throwback’ Jihan Muse Masa Darjah 6 Tarik Perhatian Peminat

Gambar ‘Throwback’ Jihan Muse Masa Darjah 6 Tarik Perhatian Peminat. Alahai Comelnya Jihan, Dari Kecil Memang Aktif Di Pentas Rupanya !!

Pelawak, pengacara dan pelakon, Jihan Muse tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajahnya sering menghiasi dan muncul di kaca TV anda.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan binti Musa lahir pada 29 Ogos 1983 di Hulu Langat, Selangor dan merupakan bekas peserta Raja Lawak Astro musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya.

Jihan merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah keturunan Jawa, Riau, Minang dan Bugis.

Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani), Pada tahun 2009, Jihan mencabar diri menyertai pertandingan realiti Raja Lawak.

Pada mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Ketika itu, dia masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan hanya menerima tawaran berlakon pada hujung minggu.

Tamat saja kontrak dengan MBSA, Jihan mula menceburi bidang seni secara serius. Dia berazam meletakkan pelawak wanita setanding dengan lelaki.

Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada 2011.

Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali.

Jihan sah menjadi isteri kepada Ungku Hariz pada tahun 2016 dan kini telah pun mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Ungku Arsalan Haq bin Ungku Hariz Faizal yang lahir pada 25 Januari 2018.

Nama Jihan semakin disebut-sebut apabila Jihan sering diundang untuk mengacara program-program dan anugerah-anugerah yang besar seperti Gegar Vaganza, Anugerah MeleTOP Era dan sebagainya.

Yang terbaru, Jihan berkongsi gambar lama semasa beliau darjah 6. Menurut Jihan memang sejak kecil beliau suka berasa di atas pentas. Jiwa seninya memang dari kecil lagi rupanya.

Gambar perkongsian Jihan ini menarik perhatian peminat dan menerima banyak komen dan ‘likes’.

Jom baca perkongsian Jihan di bawah :

” Pesta Senirama Negeri Selangor 1995 – Itsy Bitsy . Ye mmg dari kecik lagi gila pentas. Segala persembahan pertandingan semua nak masuk nak perform walaupunnnn.. “

” Ade anak kakton juga di situ ye hahaha. Siapa yg tag ni terima kasih banyak. Anak cikgu zanariah ye.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gambar yang dikongsikan oleh Jihan. Antara komen-komen peminat :

” Nak tau mane @jihanmuse tngok molot je. Pasti jumperrrr. Heheh.. “

” Kecik2 tangkap gambo pun xdok diam.. dah besor ni lagi laaa hahaha.. “

” Dah jumpa, jihan yg pakai spec mata, kan?…. amboi kecik2 dah pandai melaram…. “

” Hi uolss .. rasa mekap paling cantik dah time tu… hahahaha zaman ni darjah 6 mekap cam retiss.. “

” Terserlah bakat since sekolah… good job… hang memang win di hatiku.. “

Memang aktif di atas pentas rupanya pengacara kesayangan ramai ini kan ? Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Jihan terus berjaya dalam bidang pengacaraan dan semua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jihan Muse / Wikipedia by Berita Kopak / Ciungwanara