” Mak ai.. Nyanyi sambil dukung cucu pun suara sedap.. ” – Aksi Datuk Siti Nurhaliza Menyanyi Sambil Dukung Ariff Jiwa Tarik Perhatian Netizen

” Mak ai.. Nyanyi sambil dukung cucu pun suara sedap.. ” – Aksi Datuk Siti Nurhaliza Menyanyi Sambil Dukung Ariff Jiwa Tarik Perhatian Netizen

Siapa tak kenal penyanyi nombor satu Malaysia dan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain mempunyai suara yang merdu, Datuk Siti juga mempunyai auranya yang tersendiri.

Peminatnya bukan sahaja dari Malaysia, malah turut mempunyai penyokong yang ramai dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei.

Mempunyai keperibadian yang baik dan sopan membuatkan Datuk Siti disenangi dan disayangi ramai. Malah di kalangan artis juga akan berasa ‘nervous’ bila berdepan dengan Datuk Siti. Contohnya seperti Jihan Muse dalam program MeleTOP baru-baru ini.

Yang terbaru menerusi akaun Instagram, DatuK Siti memuatnaik rakaman video sedang menyanyi di pentas untuk majlis kahwin sambil mendukung cucunya si cilik comel Ariff Jiwa.

Ramai yang memuji suara Datuk Siti tetap hebat walaupun menyanyi sambil mendukung Ariff. Ariff pun sporting je duduk diam tanpa mengganggu Datuk Siti menyanyi.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Bila umiti menyanyi bagi pengantin #firstdance , @arifjiwaasyraf pun mintak naik pentas nak nari ngan umiti … nasib aafiyah blom pandai jalan.. tq @farrafeezar video ni.. “

Rata-rata peminat terhibur dan kagum menonton aksi Datuk Siti menyanyi sambul mendukung cucunya, Ariff Jiwa. Antara komen-komen peminat :

” Nyanyi sambil dukung arif yg bambam pun suara sedap.. haish.. “

” Kalau nyanyi karaoke angkat anak mcm ni kami adik beradik panggil ni Man Laksa.. “

” Mak ai.. Sambil dkung baby pun sedap.. Planet mana la agaknya @ctdk.. “

” Sedap giler… Naaaak lagi DSCT @ctdk performance lagu ini please.. Jangan lupa TO LOVE YOU MORE… “

” Mesti @arifjiwaasyraf sayang sgt kat umiti pastu mesti rapat ngan aunty princess dia @aafiyahkhalid . Semoga keduanya membesar menjadi ank Soleh dan Solehah Wal Musleh. Aamiin.. “

” Hebatlah @ctdk nyanyi smbil dukung arif. kalau sy dh semput dah x de suara.. ‘

” Grandma with the grandson.. tapi mcm kakak ngan adik jaaa umiti.. @ctdk.. “

Alahai comel je Ariff yer. Manja dengan Umiti yer. Nasib baik Aafiyah tak jeles kan. Kalau Aafiyah boleh jalan, confirm dia terus naik pentas sekali ni. Nampaknya kena dukung dua-dua lah kalau macam tu.

Apa-apa pun terbaik ler Datuk Siti !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Seri Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Ciungwanara