Video Anak Abby Abadi, Danish Hakim Mandikan Atoknya Buat Ramai Yang SEBAK Dan TERHARU.

Video Anak Abby Abadi, Danish Hakim Mandikan Atoknya Buat Ramai Yang SEBAK Dan TERHARU. Bukan Senang Nak Cari Anak Muda Bersikap Macam Ni !!

Nama Norman Hakim dan Abby Abadi tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah menjadi antara pelakon paling popular satu ketika dulu membuatkan nama kedua-dua selebriti ini meningkat naik.

Norman dan Abby pernah berkahwin pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marisa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim

Namun jodoh mereka tidak berkekalan dan akhirnya mereka berpisah. Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan sebagai suami isteri, tetapi kebajikan anak-anak saling tetap dititikberatkan oleh mereka berdua.

Kini masing-masing sudah berkahwin lain dan bahagia dengan pilihan mereka. Norman Hakim kini bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan anak-anak.

Melalui perkahwinan dengan Memey, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Abby Abadi juga kini sedang bahagia bersama suaminya, Muhammad Faizal dan mereka telah mengambil dua orang anak angkat sebagai penambah seri dalam keluarga mereka iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia .

Kedua-dua keluarga ini sering berkumpul dan bercuti bersama-sama. Gambar-gambar dan video-video mereka bersama banyak dimuatnaik di laman sosial instagram.

Hubungan baik mereka mendapat perhatian ramai dan membuatkan ramai orang terharu. Ianya boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada netizen di luar sana.

Yang terbaru, Abby berkongsi video anak sulungnya Danish Hakim sedang memandikan ayah Abby. Turut kelihatan suami Abby juga menolong bersama-sama mandikan ayah mertuanya.

Danish baru sahaja diraikan di Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor pada bulan oktober yang lalu. Sebelum ini Danish belajar pengajian hafazan di Turki selama lima bulan dan telah kembali ke tanahair pada bulan Julai yang lalu.

Sikap Danish mendapat perhatian ramai dan ramai yang memujinya di ruangan komen. Bukan senang nak jumpa anak muda bersikap seperti Danish. Memang susah nak cari, satu dalam sejuta.

Jom baca perkongsian Abby dan tonton video penuh di bawah :

” Rutin. Semalam sebelum balik asrama, @danishhakimmmmm_ sibuk tanya gi umah opah tak. Kita tanya kenapa? Nak tlg mandikan Atuk.. “

” So sblm hantar dia balik smlm gilah rumah Mak, mandikan Ayah. Kita tak tlg lah sbb suami beregu dah dgn Danish. Kita tlg menyibuk2 ambil gmbr je.. “

” Dah pandai dah dia shampoo kepala, sabun badan, kaki atuk semua.. syukur! Enjoy bang ye. Nanti balik, buat lagi hehe.. “

” Ps : Suami @jaiezzany TQ selalu ada & selalu rajin.. “

Rajin dan baik betul Danish kan ? Rata-rata netizen terharu menonton video Danish memandikan atoknya. Antara komen-komen netizen :

” Satu pengajaran buat kita semua. Supaya tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua org tua kita. Allahu tiba terasa sebak. Alhamdulillah Kak @abby_abadi112 terima kasih kerana beri kesedaran pd kita dan inshaAllah moga kita sama2 ambil iktibar dan buat yg trbaik… “

” Alhamdulillah.untung you abby dpt suami dan anak yg baik budi @abby_abadi112.. “

” Semoga anak3 saya juga mendapat inspirasi dr kesungguhan danish ni… “

” Untungnya suami dan ank ringan tulang.. sama2 membantu.. susah nk jumpa dh.. “

” Alhamdulillah. suka atok ye cucu menantu mandikan. nampak abg danish enjoy shampoo rambut atok dia mcm berangan buat servis salon pun ada. much love for your family kak abby.. “

” Alhamdulillah…sifat dn sikap ini lah yg patut ada pd diri ank2 zaman skrg….tahniah utk abby beruntung punyai ank2 yg penyayang begini… “

” Untungnya atuk @danishhakimmmmm_ dikelilingi cucu, anak dan menantu yg soleh & solehah.. semoga Allah swt berikan keistimewaan ini pada kita yg menontonnya juga.. aamiin2 yra.. “

Bak kata pepatah sejuk ibu yang mengandung. Bertuah betul Abby dan Norman Hakim dapat anak soleh dan sebaik Danish.

Jika sekarang pun Danish sudah mencurahkan bakti kepada atoknya, mesti dapat bayangkan Danish akan menjaga ibu dan bapanya bila sudah tua nanti.

Ada yang nak buat menantu tak ? Hehe..

Silakan SHARE, semoga bermanfaat..

Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak / Ciungwanara