Dia Bukanlah Tidak Berduit. Tetapi Demi Mengajar Anaknya Erti Hidup, Dia Membawa Anaknya Yang Berumur 8 tahun Mengembara Selama 5 hari Dengan Hanya RM60!

Dia Bukanlah Tidak Berduit. Tetapi Demi Mengajar Anaknya Erti Hidup, Dia Membawa Anaknya Yang Berumur 8 tahun Mengembara Selama 5 hari Dengan Hanya RM60!

Bercuti bersama keluarga tentu menjadi saat yang bahagia bagi ibu atau bapa untuk memanjakan anak-anak kesayangan mereka. Tetapi berbeza dengan bapa di China yang bernama Pu Wei ini. Dia membawa anak lelakinya yang baru berusia lapan tahun untuk mengembara mengelilingi China Utara.

Yang menariknya, dengan berbekalkan hanya 100 Yuan atau lebih kurang RM 117 bapa ini membawa anaknya dalam pengembaraan penuh pelajaran itu.

Dengan wang sebanyak sebanyak itu memanglah tidak cukup untuk menginap di hotel atau untuk makan seenaknya tetapi bapa ini membuktikan kepada anaknya yang pengembaraan tersebut akan menjadi saat terindah dan pelajaran berguna untuk anaknya bila dia dewasa nanti.

Pu Wei ini sebenarnya bukanlah dalam golongan kurang kemampuan. Dia mempunyai perniagaaan membuat papan iklan dan dia juga dikenali sebagai orang pertama yang berjaya mencapai puncak gunung Everest di negeri tempat tinggalnya.

Dia membawa anaknya, Dou Ge dalam pengembaraan penuh inspirasi untuk anaknya itu belajar mengenal kasih sayang, keyakinan diri, keberanian, kekuatan dan rasa bersyukur.

Keduanya memulakan perjalanan dari Xianyang, di luar bandar Xi’an pada 7 Julai lalu. Rancangannya mereka akan menempuh perjalanan selama lima hari dengan tujuan akhir adalah menuju Lanzhou. Sebuah bandar yang terletak 596 kilometer jauhnya.

Bagi memenuhi keperluan mereka selama dalam perjalanan, bapa dan anak ini merancang akan membuat segala pekerjaan yang supaya dapat membayar pengangkutan, makanan dan penginapan mereka berdua.

Pada permulaan pengembaraan, mereka berjalan sejauh11 kilometer sebelum mereka ditumpangkan oleh sebuah lori pembinaan. Kemudian mereka menumpang pelbagai kenderaan yang sanggup membawa mereka berdua.

Ketika berada di wilayah terpencil Liupan Shan mereka berusaha untuk mencari sebuah hentian untuk menginap semalaman. Setelah berjalan kaki sehingga separuh hari, akhirnya mereka diizinkan tinggal di salah sebuah rumah penduduk selepas menerangkan situasi mereka kepada penduduk tempatan.

Setelah mendengar cerita mereka, ramai orang yang berbesar hati menumpangkan mereka dan juga menawarkan untuk membayar makanan mereka. Dan beberapa orang juga telah mempelawa bapa dan anak ini untuk menginap di rumah mereka.

Dalam masa satu setengah hari sahja, Pu Wei dan anaknya berjaya tiba di Huinin, lebih kurang 160 kilometer dari destinasi terakhir mereka. Dan menariknya mereka masih memiliki baki 46 Yuan (RM27)

Pu Wei menuliskan perjalanan mereka di blognya, ” Pengembaraan bapa dan anak ini menjadi milik kita. Ini adalah pertama kalinya, kami melakukan perjalanan sejauh ini dan kami telah belajar cinta, keyakinan diri, keberanian, kekuatan dan bersyukur sepanjang jalan. kami berjaya merealisasikan impian tahun lalu” .

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan dan Disediakan Oleh Ciungwanara / Beritakopak

Sumber : Dream