Gelandangan Ini Memberikan Secarik Kertas kepada Wanita Yang Menolongnya Ini. Tulisan Di Kertas Tersebut Buat Ramai Netizen TERHARU Dan Menitiskan Airmata…

Gelandangan Ini Memberikan Secarik Kertas kepada Wanita Yang Menolongnya Ini. Tulisan Di Kertas Tersebut Buat Ramai Netizen TERHARU Dan Menitiskan Airmata…

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang suka membazirkan makanan?. Adalah lebih baik bermula hari ini, anda tidak lagi membazirkan makanan lagi.

Di dunia yang terbentang luas ini, kita selalunya lupa bahawa ada orang lain yang mungkin sedang kelaparan dan sukar mendapatkan makanan walaupun sekeping roti.

Di bawah ini adalah kisah yang dikongsikan seorang wanita bernama Casey Fischer yang bertemu seorang gelandangan yang hanya memiliki sedikit wang sahaja untuk makan di hari itu.

Suatu hari, ketika Casey Fischer berjalan untuk pergi ke Dunkin’ Donuts bagi membeli makanan, dia melihat seorang gelandangan sedang bernyanyi di tepi jalan sambil mengharapkan orang lalu lalang menyumbangkan sedikit wang.


Kredit Pic : Intisari

Beberapa lama kemudian, gelandangan itu masuk ke Dunkin’ Donuts dan duduk di bangku yang berdekatan dengan Casey Fischer.

Casey melihat gelandangan itu hanya berjaya mengumpulkan duit satu dolar sahaja (RM 4), sehingga Casey Fischer menawarkan diri untuk membelikannya sebuah roti burger dan secawan kopi.

Pada mulanya, gelandangan itu menolak tawarannya, tetapi akhirnya selepas dipujuk barulah dia menerima tawaran Casey.

Kemudian, Casey menjemputnya ke mejanya makan sambil berbual-bual.

Gelandangan itu yang bernama Chris, mengatakan kepada Casey Fischer yang dia terkejut dengan sikap baik hati Casey.

Dia berkata biasanya gelandangan seperti dia dipandang rendah oleh orang ramai hanya kerana dia seorang gelandangan.


Kredit pic : Facebook Casey

Kebencian dan penghin4an berterusan yang diterimanya dari orang awam membuatnya begitu tertekan.

Dia mengatakan, mengakui yang dia menjadi gelandangan kerana aktiviti masa lalunya dengan dad4h yang telah membuatnya dalam keadaannya seperti ini dan dia sangat menyesali dirinya semenjak itu.

Namun, Chris masih memendam impian menjadi anak yang boleh membanggakan ibunya walaupun ibunya telah tiada.

Ibu Chris telah pergi kerana k4nser sejak lama, tetapi perkara itu tidak pernah membuatkan Chris melupakan impian untuk memenuhi janji-janjinya kepada ibunya.

Chris dan Casey berbual selama satu jam sebelum Casey menyedari bahawa dia perlu kembali ke kelasnya.

Sebelum dia pergi, Chris menyuruhnya menunggu sebentar sambil menulis sesuatu di kertas yang lusuh dan memberikan kepada Casey.

Dia meminta maaf kerana tulisan tangannya yang teruk sebelum mereka beredar.

Ketika Casey membuka dan membaca secarik kertas itu, dia menyedari bahawa sikapnya yang sederhana itu bukan hanya meredakan rasa haus dan lapar seorang gelandangan tetapi juga telah menyelamatkan hidupnya.


Kredit pic : Facebook Casey

Di secarik kertas itu, dia menulis, “Saya ingin membu nuh diri hari ini. Kerana anda, sekarang saya tidak akan melakukannya. Terima kasih, wanita yang cantik.”

Kisah dari perkongsian di atas memberi pengajaran bagaimana sikap kita jika terbuka untuk menolong sesiapa yang memerlukan bantuan bukan sahaja sekadar membantunya tetapi kemungkinan kita telah membuka hati seseorang itu untuk menjadi lebih baik.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Ciungwanara / Beritakopak

Sumber Asal : Facebook Casey Fischer / Intisari