” Ya Allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cac4t sekalipun, aku sanggup ya Allah.. “

” Ya Allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cac4t sekalipun, aku sanggup ya Allah. Allah hu Akbar.. ” – Perkongsian Nor Farah Dilah Buat Ramai Yang SEBAK !!

Setiap pasangan yang sudah berkahwin, pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Namun rezeki zuriat setiap orang tidak sama, ada yang cepat dan ada yang lambat. Malah ada juga yang mempunyai masalah kesihatan untuk mendapatkan zuriat.

Yang penting jangan berputus asa. Selagi anda mempunyai rahim, selagi itu peluang anda untuk hamil itu pasti ada. Perkongsian daripada Saudari Nor Farah Dilah buat ramai yang sebak dan terharu. Baca perkongsian beliau di bawah :

Assalamualaikum . Mohon siarkan ya . Sekadar inspirasi utk yg lambat dpt cahaya mata .

Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat ? Ya , anak , penyeri rumahtangga . Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami.

Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri. Begitu juga suami. Suami sering ingatkan saya, sabar ya Sayang.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sngt cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2.

Allah, dimana silap saya sampai begini saya di uji .. Allahhuakhbar . rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak org.

Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 19 tahun usia perkahwinan . Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim, sampai kan saya pernah berdoa :

” Ya Allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cac4t sekalipun, aku sanggup ya allah … Allah hu Akbar .. “

(Gambar Sekadar Hiasan)

Setiap hari saya menunggu dah 20 tahun, sehingga saya jatuh sakiit , Allah , dugaan .. Saya redha andai ini bahagian saya . saya ke h0spital utk terima rawatan, ambil daraah, urin test … Doctor dtg kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa ? Saya jawab 41 .

Doctor senyum , dia ckp puan hamil tau .. serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa . Allahmdulillah …. Habis segala puji utk Allah . ya, sya disahkan hamil 4 bulan ..

(Gambar Sekadar Hiasan)

Perasaan saya, melangkah keluar hospital, diri rasa di awangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nti abg mandi dulu.

Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa , sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki , saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya gengam tangan dia, saya ckp , abg , syg mengandung 4 bulan .

Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, apa ?? Betul ke syg ? Betul ??? Syukur ya Allah .. Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah . berderai air mata kami suami isteri .

(Gambar Sekadar Hiasan)

Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya di sejadah , tak henti bersyukur . hidup saya seperti matii hidup balik . saya mula nampak cahaya matahari . saya sudah ketawa, saya sngt bahagia .

Kandungan saya tiada masaalah, bersalin ceazer sebab anak besar . 11.00 mlm saya msuk dewan bedahh, 11. 15 pm saya dah nampak anak saya . syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu .

Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat merah , perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kg . tak berhenti di mulut saya , syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah .

Satu2 nya anak tunggal saya kerana saya tidak d benarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun .

Puteri Marissa bt Abdul Rahman, dikau segalanya bagi mama dan papa. Alhamdulillah…

Terima kasih Saudari Nor Farah Dilah atau perkongsian. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Kepada yang sudah lama berkahwin dan masih belum mendapat zuriat, bersangka baiklah dengan Allah. Sokongan dan kerjasama suami dan isteri sangatlah penting. Jangan mudah berputus asa, segera berjumpa dengan pakar.

Jangan ‘push’ pasangan anda. Keluarga juga, tolong jangan bagi tekanan dan mengeruhkan lagi keadaan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Semoga Allah memperkenankan doa anda.

Silakan SHARE..

Sumber : Nor Farah Dilah by Berita Kopak / Ciungwanara