Selepas bapanya mendapat str0ke, anaknya memandikannya, memakaikan baju dan membuat segalanya untuk bapanya.

Selepas bapanya mendapat str0ke, anaknya memandikannya, memakaikan baju dan membuat segalanya untuk bapanya. Satu hari bapanya berkata sesuatu yang membuatkan dia menitiiskan air mata…

Semenjak kecil Kristian Rex sangat mengagumi bapanya. Bapanya dahulu adalah seorang pelaut dan seorang lelaki yang sangat kuat. Tetapi selepas mendapat str0ke, bapanya tidak kuat lagi melakukan apa-apa pekerjaan seharian.

“Dahulu saya sangat mengagumi bapa. Dia mempunyai otot lengan yang besar dan kuat seperti Popeye. Kini segalanya telah berubah..”.

Pada awal pagi, Kristian akan membangunkan bapanya dan akan meletakkan bapanya di atas kerusi r0da.Kemudian Kristian bersama anaknya akan memandikan bapanya. Dia akan menolong bapanya mencukuur janggot dan misai dengan penuh hati-hati dan perlahan.

Dia melakukannya dengan penuh perasaan kasih dan biasanya ianya akan mengambil masa setengah jam untuk mencukuur janggut dan misai bapanya. Ini kerana dia bimmbang akan meluukai kulit bapanya.

“Saya bangga dapat menolong dan menjaganya sekarang. Kerana ketika saya masih kecil, bapa sayalah yang menjaga saya”. Selepas memandikan bapanya, Kristian akan membantu memakaikan bapanya baju. Dia sangat bahagia jika melihat wajah bapanya yang tersenyum.

Kristian merasa sangat bertuah kerana mempunyai bapa yang hidup bersama dengannya sekarang. “Saya merasa sangat bertuah kerana masih mempunyai bapa. Ramai rakan-rakan saya yang sudah tidak mempunyai bapa, tetapi saya mempunyai bapa yang hidup bersama saya dan saya bangga dapat menjaganya.” Ujar Kristian.

“Bapa selalu mengatakan, kerana saya menjaganya dengan penuh perasaan, dia tidak tahu bagaimana cara membalasnya..”.┬áKata-kata bapanya itu begitu mengharukan hatinya. Matanya berair sambil memel0k bapanya. Dia membalas kata-kata bapanya “Asalkan bapa ada di samping saya, itu sahaja sudah cukup…”.

Kata-kata kristian tersebut membuatkan ramai orang terharu. Kisah nyata ini sememangnya sangat berinpirasi untuk ramai orang kerana Kristian menjaga ayahnya dengan penuh ikhlas dan kasih sayang seperti seorang bapa menjaga anaknya yang masih kecil.

Pada masa kini, kita selalu membaca kisah bagaimana bapa yang tua ditinggaalkan seorang diri menghabiskan sisa hidup. Jika kita masih mempunyai bapa, jadilah kisah ini sebagai satu motivasi untuk kita. Kata orang, seorang bapa boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum pasti boleh menjaga seorang bapa.

Tonton VIDEO Kristian mejnjaga bapanya di bawah ini

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Ciungwanara / Beritakopak

Sumber : Youtube Gillette