14 Si Cilik Yang Popular Sepanjang Tahun 2018. Wowww… Yang Nombor 1 Ada 3.4 Juta Pengikut !!

14 Si Cilik Yang Popular Sepanjang Tahun 2018. Wowww… Yang Nombor 1 Ada 3.4 Juta Pengikut !!

Menjadi anak kepada selebriti popular tanahair pastinya turut menerima tempias populariti ibu dan bapa mereka. Malah mereka juga turut ditawarkan untuk berlakon, menjadi model atau pun duta sesuatu produk walaupun usia mereka masih kecil.

Selain disebabkan kecomelan, pengaruh anak-anak ini sanga besar bagi melariskan produk yang mereka promosikan.

Gelagat dan telatah mereka pastinya mendapat perhatian beratus ribu atau berjuta peminat-peminat yang mengikuti mereka di akaun Instagram.

Di sini kami di Berita Kopak berkongsi dengan anda 11 si cilik yang popular sepanjang tahun 2018 dalam pemerhatian kami menurut jumlah pengikut di akaun Instagram masing-masing.

1. Lara Alana

Anak kepada pasangan pengacara dan pelakon terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini lahir pada 22 Julai 2014. Sehingga kini Lara mempunyai paling ramai pengikut antara semua si cilik yang kami senaraikan iaitu sebanyak 3.4 juta pengikut.

Kecomelan Lara yang fasih berbahasa Inggeris ini membuatkan ramai yang terhibur dengan telatahnya.

 

View this post on Instagram

 

Thank you Michelia πŸ’™ @cempakaschools

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

2. Yusuf Iskandar

Yusuf Iskandar merupakan anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen & Hanis Zalikha. Dilahirkan pada 3 Jun 2016 dan pernah memenangi Anugerah MeleTOP Era pada tahun 2017.

Sehingga kini Yusuf mempunyai 2.5 juta pengikut di akaun Instagram. Telatahnya bersama kucing kesayangan, Bujibu Chempel sering mendapat perhatian ramai pengikutknya.

 

View this post on Instagram

 

πŸŽ‚

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

3. Aaisyah Dhia Rana

Nama Aaisyah Dhia Rana tidak perlu diperkenalkan lagi. Mempunyai wajah kacukan Melayu-Inggeris membuatkan anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini sering mencurii perhatian ramai.

Telatahnya yang manja, sopan, suka bergaya dan gemar berfesyen membuatkan sesiapa sahaja terpesona dengan kecomelannya. Sehingga kini Aasiyah yang lahir pada 1 November 2014 ini mempunyai seramai 1.5 juta pengikut di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Hi guysss buat apa ptg2 niπŸ˜‚

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

4. Syeriv Samheizy

Buah hati pasangan selebriti popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini dilahirkan pada 9 Mei 2017. Walaupun masih kecil, Syeriv kelihatan sangat kacak pada usianya.

Syeriz yang suka tersenyum manja ini memiliki pengikut seramai 855 ribu di Instagram sehingga kini. Telatahnya yang comel menarik sesiapa sahaja yang menontonnya.

 

View this post on Instagram

 

Insyaallah you are going to be SOMEBODY one day nyawa ibuβ™₯️

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on

5. Ariff Jiwa

Anak kepada Asyraf Khalid dan selebriti Indonesia, Tya Arifin ini lahir pada 31 Mac 2017. Mempunyai seramai 666 ribu pengikut di Instagram sehingga kini.

Cucu kepada penyanyi tersohor negara kita Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga pernah memenangi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018).

Aksinya yang manja dan suka tersenyum membuatkan Ariff berjaya memikat hati ramai pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

Untuk UncleOnty tersayangβ€οΈπŸ€—πŸ˜

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on

6. Fattah Anas

Nama Fattah Anas mula dikenali apabila videonya menjadi ‘kucing’ di dalam sangkar menjadi viral di media sosial.

Anas yang baru berusia 2 tahun lebih ini menjadi bualan ramai netizen kerana kecomelan serta kepetahannya berkata-kata.

Walaupun bukan dilahirkan sebagai anak selebriti, tetapi popularitinya setanding dengan anak-anak selebriti yang lain. Sehingga kini Anas mempunyai seramai 603 ribu pengikut di akaun instagram yang dikendalikan oleh papanya.

7. Aqeef Anaqi

Kelahiran Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017 mewarnai kehidupan pasangan pelakon popular Amyra dan Amar Bahrin.

Pipi Anaqi yang tembam dan matanya yang bulat membuatkan peminat rasa geram dengannya. Telatah Anaqi yang ceria dan suka tersenyum lebar membuatkan ramai yang terpikat dengan kecomelannya.

Sehingga kini Anaqi mempunyai seramai 518 ribu pengikut di akaun instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Mommy : lets go. . Anaqi : No no no! . . #AqeefAnaqi #1year #AAA

A post shared by Aqeef Anaqi Bin Amar (@aqeefanaqi) on

8. Arianna Aubrey & Karl Kareef

Aubrey dan Karl merupakan anak kembar kepada pelakon cantik Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman atau lebih dikenali dengan nama Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah.

Sehingga kini akaun instagram pasangan kembar yang lahir pada 19 Februari 2016 ini mempunyai 483 ribu pengikut. Telatah dan gelagat Eina bersama Aubrey dan Karl membuatkan peminat tidak jemu menonton video-video mereka.

 

View this post on Instagram

 

Baca doa duluπŸ˜€

A post shared by AriannaAubrey | KarlKareef (@aubreykarl) on

9. Yusof Alqardawi

Anak bongsu kepada pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida ini turut tersenarai antara si cilik yang popular. Sehingga kini Yusof mempunyai seramai 370 ribu pengikut di Instagram.

Wajahnya yang comel sering mendapat banyak likes dan perkongsian apabila gambarnya dimuatnaik di media sosial. Menurut Datin Shahida, Yusof yang lahir pada 25 Jun 2018 ini sangat mudah untuk dijaga kerana tidak banyak karenah dan sangat menyenangkan.

 

View this post on Instagram

 

saya mudah terhiburπŸ˜‚

A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi) on

10. Aisy Mateen

Anak kepada pasangan pelakon Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari ini sering tampil dengan celoteh manja dan melucukan. Aisy Mateen yang lahir pada 20 Julai 2016 ini mempunyai seramai 338 ribu pengikut di akaun instagram.

Aksinya yang petah bercakap membuatkan ramai yang terhibur dengan kecomelan telatahya itu.

 

View this post on Instagram

 

Takda orang nak call meteen…

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen) on

Namun begitu masih ada lagi si cilik yang popular walaupun tanpa mempunyai akaun instagram atas nama mereka sendiri. Antaranya adalah :

1. Siti Aafiyah

Anak kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa yang lahir pada 19 Mac 2018 ini tentunya sentiasa menjadi perhatian peminat-peminat.

Nama Siti Aafiyah membawa maksud ‘segala yang baik’ dan nama itu dipilih ketika pasangan itu mengerjakan umrah tahun lalu.

Terkenal dengan gelaran Si Pipi Merah semasa baru lahir ekoran tajuk lagu yang dicipta khas oleh ibunya sendiri. Peminat tidak jemu menantikan update terbaru gambar dan video Aafiyah yang dimuatnaik melalui akaun Datuk Siti.

 

View this post on Instagram

 

Bila Ibu balik kerja…πŸ˜πŸ˜πŸŒΉπŸ’‹πŸ’‹

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

2. Amina Raissa dan Amira Raissa

Anak kembar kepada pengacara TV yang cantik manis ini, Farahanim Abdul Razak dan suaminya Dr Arif Aizudin lahir pada 24 Januari 2018.

Wajah mereka yang sangat comel dan gebu membuatkan kembar Raissa ini sering mendapat perhatian peminat yang tidak jemu menonton telatah comel mereka.

 

View this post on Instagram

 

tembikai lagi πŸ‰πŸ‰

A post shared by @ farahanimrazak on

3. Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette

Anak kembar kepada pelakon Zizie Ezette dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette lahir pada 20 Disember 2017.

Aksi lucu Aaleph dan Adam berebut sesuatu membuatkan peminat terhibur dengan kecomelan mereka. Pasangan kembar ini bakal menerima adik tidak lama lagi.

4. Khaleef Dayyan

Khaleef Dayyan atau lebih mesra dengan Dayyan merupakan anak sulung kepada penyayi Black Hanifah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi.

Dayyan yang terkenal dengan dengan tagline ‘ Ini Memang Vilal (Viral) ‘ sering mencuit hati peminat dengan gelagatnya yang lucu dan kelakar.

Kalau dikutkan banyak lagi yang kami ingin senaraikan. Tapi cukuplah untuk kali ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga anak-anak ini membesar dengan sihat, bijak dalam pelajaran dan berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan ibu bapa mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : Instagram by Berita Kopak