“ Nanti bila Raf dah ada baby with Mawar, anak2 lain diketepikan ” – Terima Komen Pedas, Tak Sangka Ini Respon Raf Yaakob

“ Nanti bila Raf dah ada baby with Mawar, anak2 lain diketepikan ” – Terima Komen Pedas, Tak Sangka Ini Respon Raf Yaakob

Pelakon Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau lebih dikenali dengan nama Raf Yaakob berkahwin dengan pelakon cantik, Mawar Rashid pada pada 9 November 2017.

Raf Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu yang bernama Raden Ahmad Rayyan, 7 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3 tahun.

Mawar sangat rapat dengan kedua-dua anak tiri yang dianggap seperti anaknya sendiri. Malah Rayyan dan Chanela sangat manja dengan Mawar. Mawar kini sedang hamil, kedua-dua adik beradik ini juga teruja bakal menjadi abang dan kakak tidak lama lagi.

Yang terbaru, Raf meluahkan rasa kecewa apabila ada netizen yang sanggup DM dan komen di Instagramnya mengatakan yang Raf akan mengetepikan anaknya yang lain apabila anaknya dengan Mawar lahir nanti.

Raf menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menyatakan kasih sayang terhadap anak-anaknya adalah sama rata walapun dia tidak sentiasa berada dengan anaknya Rayyan dan Chanela.

Baca perkongsian Raf di bawah :

” Ada jugak suara2 sumbang yang DM and comment kat IG wall Raf cakap “ nanti bila Raf da ada baby with Mawar, anak2 lain diketepikan ”. Sabar je la manusia zaman sekarang ni.. “

” Anak saya 3 ke 30 ke, kasih sayang saya tetap sama pada semua. Yes I might not see @radenrayyan & @raysaachanela everyday, but kasih sayang saya pada mereka berdua takkan pernah pudar sampai bila2.. “

” Both of them will be equally love, together with all my kids with @mawarashid. They are all my Radens dunia akhirat #MawaRadens “

Rata-rata netizen menasihati Raf agar tidak mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya. Antara komen-komen netizen :

” Just pray for them..kita pun dpt pahala..tak pyh merungut sbb didunia ni srmua org tahu ada 1001 mcm manusia with mcm2 kerenah..you can never satisfy all..doa kpd Allah semoga dipermudahkan semua ujian adalah yg terbaik.. “

” Anak mesti la sayang,sapa tak sayang anak tu, anak anugerah Allah terindah.. “

” Biarlah apa org nak kata bro @rafyaakob.. people never stop to talk.. yg penting bro terus maju dan berjaya dunia dan akhirat.. stay happy with u family bro.. “

” Kesian orang2 yang DM you tu.. kurang kasih sayang. Or mayb jealouss of you lah heheeee.. “

” Yg org2 ni suka sgt sibuk hal org da kenapa…. better doakan yg baik2… jeles tu tgok kebahagiaan org lain… “

Anak adalah anugerah Allah yang tidak patut kita persiakan. Sebagai seorang bapa yang baik dan penyayang, tentunya Raf takkan membeza-bezakan mereka walau siapa pun ibu mereka, lebih-lebih lagi mereka semua anak kandungnya.

Kami di Berita Kopak mendoakan kebahagiaan Raf, Mawar dan anak-anak. Semoga hidup berbahagia sampai ke syurga. Abaikan kata-kata yang tidak baik. Ambil kata-kata semangat atau kata-kata positif sahaja.

Semoga Allah permudahkan urusan Mawar melahirkan bayi dalam kandungannya nanti. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Raf Yaakon by Berita Kopak / Oh Kopak