Kerana Lapar, Gelandangan Ini Memasuki Sebuah Restoran Dan Memberikan Duit Sebanyak 50 sen Kepada Pelayan Kaunter.

Kerana Lapar, Gelandangan Ini Memasuki Sebuah Restoran Dan Memberikan Duit Sebanyak 50 sen Kepada Pelayan Kaunter. Tetapi Pelayan Tersebut…

Di dalam dunia ini, kebaikan bukan dinilai dari kekayaan dan harta benda. Kita selalu melihat dan membaca bagaimana orang yang kurang kemampuan sanggup memberikan apa yang dia ada kerana tidak sanggup melihat orang lain hidup susah.

Salah seorangnya adalah seorang pemuda yang bernama Matthew Resendez ini. Dia bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran Burger King, iaitu sebuah restoran makanan segera. Suatu hari, dia melihat ada seorang lelaki geland4ngan yang datang ke restoran dan mengeluarkan duit dan mengira-ngira duitnya.

Melihat kehadiran lelaki ini yang berpakaian begitu lusuh, Matthew merasa simpati dan menunggu apa yang lelaki tersebut inginkan. lelaki tersebut kemudian berada di depan Matthew dan menunjukkan duitnya kepada Matthew Matthew.”Apa yang dapat saya beli dengan duit sebanyak ini?”.

Matthew yang melihat duit itu hanyalah sebanyak 50 sen (lebih kurang RM2.07) kemudian berkata,”Jika anda kelaparan, makanan apa yang ingin anda beli? Makanan apa yang paling ingin anda makan?”. Lelaki tersebut berasa pelik dengan pertanyaan Matthew ini dan berkata,”Sekarang ini saya hanya ingin makan. Tidak kisah apa pun, asalkan dapat mengenyangkan.”

Matthew kemudian berkata,”Baik, anda tunggu saja di tempat duduk. Nanti sauya akan membawakan makanan.” Lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada Matthew dan terus duduk di kerusi. Kemudian Matthew membawa satu paket lengkap untuk lelaki itu. Rupa-rupanya, Matthew menggunakan duitnya sendiri untuk membelikan satu paket lengkap untuk gelandangan tersebut. Lelaki tersebut berasa sangat terharu dengan kebaikan Matthew.

Kebaikan hati Matthew itu sebenarnya telah dilihat oleh seorang pelanggan wanita yang berada dekat dengan kaunter. Dia berasa sangat kagum dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Matthew.

Pelanggan wanita itu kemudian merapati Matthew dan berkata,”Ini $ 100 (lebih kurang RM414) untuk anda. Semoga anda dapat membantu lebih ramai orang susah yang datang ke sini. Kebaikan yang anda tunjukkan patut dijadikan contoh oleh orang lain supaya sentiasa berbuat baik kepada orang yang memerlukan.”

Apabila Matthew balik ke rumah, dia memberitahu ibunya tentang kejadian itu.Ibunya merasa sangat bangga dengan anaknya dan berkongsi kisah tersebut di Facebooknya. Tujuannya adalah supaya menjadi contoh untuk orang lain supaya sentiasa prihatin terhdap nasib orang lain.

Ibu Matthew menulis,”Sebenarnya kisah ini sepatutnya berakhir ketika Matthew membawakan makanan yang dia belikan untuk lelaki tersebut. Tetapi, wanita itu memberikan wang supaya Matthew dapat menolong lebih ramai orang yang memerlukan.” .Kadang-kadang tanpa kita sangka, satu kebaikan kecil dan tidak seberapa yang kita lakukan adalah sangat bermakna untuk orang lain.

Diharapkan kisah Matthew ini menjadi contoh untuk orang lain. Percayalah setiap kebaikan yang kita lakukan ianya pasti dibalas baik walaupun kita tidak mengharapkannya!

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber: Micelle