” Sumpah lawakkk.. 10 kali tengok tak tahan ketawa hahaha.. “

” Sumpah lawakkk.. 10 kali tengok tak tahan ketawa hahaha.. ” – Aksi Wartawan Melatah Semasa Temubual Dengan Zaquan Adha Buat Ramai Ketawa Berdekah-Dekah 

Malam ini kita bakal menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF bagi pasukan negara kita menentang juara bertahan, Thailand yang akan bersiaran langsung dari Thailand.

Pada perlawanan separuh akhir pertama sebelum ini, keputusan seri tanpa jaringan gol  daripada kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada pasukan negara kita yang bermain dengan cemerlang walaupun tidak bernasib baik apabila beberapa jaringan tersasar daripada gol.

Menerusi akaun instagram, pemain terkenal Harimau Malaya, Zaquan Adha memuatnaik satu rakaman video sedang ditemubual oleh seorang wartawan Astro Arena yang bernama Zulhelmi Zainal Azam. Video ini di’repost’ daripada akaun Instagram Astro Arena.

Ketika sedang menemubual, ada 2 orang rakan pasukan Harimau Malaya lalu melintasi mereka. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka menyergah atau menjerit kecil ‘ Hoo.. Hoo.. ‘ ketika menghampiri mereka. Ketika itu wartawan Zulhelmi terkejut dan tanpa sengaja melatah.

Zaquan yang sedang menjawab soalan temubual berhenti bercakap tidak dapat menahan gelak dalam situasi itu. ‘ Mujur tak live tak tak’ kata Zaulhelmi sambil ketawa.

Video ini mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan telatah Zulhelmi sehingga mendapat banyak komen dan likes.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Tengok sampai habis @zulhelmizainalazam.. “

 

View this post on Instagram

 

tengok sampai habis😝😝😝 @zulhelmizainalazam

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

Rata-rata netizen terhibur dengan video di atas. Antara komen-komen netizen :

” Haahha.. laaaa…. tekejut aku.. hahahahahahahah.. “

” Berkali2 sis tengok masih terkehkeh. Aduhh kecoh.. noty bdk2 ni.. “

” Hahahha dia caruut nasib baik b0d0 je.. “

” Nak jawab soalan pun x focus tau !! Haha.. “

” Sumpah lawakkk.. sape yg interview dia ni ? melatah.. comel.. “

” 10 kali tgk xtahan ketawa hahahah.. “

Alahai serius kelakar. Admin pun banyak kali ulang tengok sebab kelakar sangat. Apa-apa pun sama-sama kita doakan kejayaan pasukan Harimau Malaya pada malam ini. All the best Harimau Malaya !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zaquan Adha / Astro Arena HD by Berita Kopak / Ciungwanara