Rita Rudaini Bawa Anak-Anak Lepak Kedai Mamak Tengok Bola

Rita Rudaini Bawa Anak-Anak Lepak Kedai Mamak Tengok Bola. Aksi Rayyan Teruja Dan Melompat Kegembiraan Buat Netizen Sebak !!

Menerusi akaun instagram, pelakon cantik jelita Rita Rudaini berkongsi video bersama anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna serta kawan-kawannya di kedai mamak menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand.

Sudah pastinya Rayyan dan Arjuna sangat teruja untuk menonton ayah mereka, Aidil Zafuan beraksi di padang walaupun hanya menonton di skrin besar.

Namun begitu Aidil hanya bermain sekejap sahaja dan terpaksa digantikan dengan Irfan Zakaria akibat kecederaan pada minit yang ke 18.

Video yang dimuatnaik oleh Rita ini membuatkan netizen rasa sedih dan sebak. Lebih-lebih lagi melihat anak-anak Rita sangat teruja menonton perlawanan bola itu.

Ramai peminat mencadangkan Rita membawa kedua-dua anaknya menonton di stadium bagi perlawanan final nanti pada aksi timbal balik dijadualkan pada 11 dan 15 Disember menentang Vietnam atau Filipina yang akan ditentukan esok.

Baca perkongsian Rita dan tonton video penuh di bawah :

” Sanggup tgk dlm hujan anak2 sisturr ni… 1st time sisturr bawak dorg kluar tgk ramai2 kt mamak… tq aunty @linda_nsaisi aunty cita, coach hazra, uncle din n uncle rizal buat perjumpaan di mamak.. “

” 1st time tgk dia hargai team negara sendiri #AIRIT.. “

 

View this post on Instagram

 

1st time tgk dia hargai team negara sendiri 😂 #AIRIT

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Antara komen-komen netizen :

” Tiap kali tngok post @ritrud727 pasal anak dia. Mesti menitik air mata. Sebak sangat.. “

” Aidil cederaaa.. Huhu.. Pertahanan terbaek malaysia.. Moga anak2 dpt jadi cm dia.. Pulun malaysia pulun.. Remp0h malaysia remp0h.. “

” Sian anak dia tgk ddy kat mamak je b.. @aqrasidek hehe anak plyer lain kalau mng dh di bawak masuk padang.. “

” Alamak…. sedihnya tgk #Airit ni…. smoga Allah swt temukan awk dgn daddy ye…. mcm mane laaaa tanggung rindu tu kan.. “

” Harap sistur bawaklah RyanJuna tgk final nanti… X dpt tiket dari daddy pun x pelah.. Pegi jelah bawak p stadium..bior diaorg tgk daddy dekat2.. Bior dorang jerit kuat2 panggil daddy.. Sedih pulak tgk muka Ryan frust mcm tu.. Sambil taip ni.. Air mata pun ngalir.. “

” Mcm sedih plak tgk Ryan n QaQa tgk Daddy kat TV jer…. Harap pasne Ryan n Mama dpt tgk LIVE tgk daddy game kat stadium…. “

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini by Berita Kopak / Ciungwanara