” Sis sorang je ke yang ulang video ni 58 kali ? Arghhh Comeiii !! “

” Sis sorang je ke yang ulang video ni 58 kali ? Arghhh Comeiii !! ” – Video Perbualan Hanis Zalikha Dengan Yusuf Iskandar Sebelum Tidur Buat Ramai Yang Cair !!

Yusuf Iskandar merupakan anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen & Hanis Zalikha. Dilahirkan pada 3 Jun 2016 dan pernah memenangi Anugerah MeleTOP Era pada tahun 2017.

Sehingga kini Yusuf mempunyai 2.5 juta pengikut di akaun Instagram. Telatahnya bersama kucing kesayangan, Bujibu Chempel sering mendapat perhatian ramai pengikutnya.

Mempunyai wajah yang comel, personaliti yang manja dan seorang yang bijak, membuatkan Yusuf disayangi ramai.

Yang terbaru, menerusi akaun Instagram, Hanis memuatnaik satu video sedang berbual dengan Yusuf sebelum tidur.

Menerusi video berkenaan Hanis mengajak Yusuf yang ketika itu sedang asyik bermain dengan permainan kereta untuk tidur.

Pada permulaannya Yusuf mengatakan yang dia masih belum mahu tidur dan mahu terus bermain.

Lama kelamaan setelah dipujuk oleh ibunya, akhirnya Yusuf bersetuju untuk masuk tidur. Sempat lagi ucap ‘babai’ kepada alat permainannya. Alahai serius comel !!

Apa yang menariknya, cara Yusuf berkomunikasi dengan ibunya dengan nada yang lembut dan sopan santun membuatkan peminat cair dengannya. Rata-rata memuji Hanis dan Hairul yang berjaya mendidik Yusuf menjadi anak yang baik. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Jom tonton video comel Yusuf di bawah :

” Negotiation with @theyusufiskandar.. “

 

View this post on Instagram

 

Negotiation with @theyusufiskandar 😴

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Rata-rata peminat terhibur menonton video ini. Ramai yang cair dengan Yusuf. Antara komen-komen peminat :

” Yusuf penuh kesantunan.. very polite.. “

” Baiknye yusuf. Ulang2 duk dgr yusuf speaking. Omeiiii.. “

” Knapa cerdikkk sgt nihhhhhh yusoffff… Kemurungan aunty tgok yusuf yg cuwittt nih.. “

” Ala ala alahhh asal comel sgt. dia punya “no mommy” tu melting lahh @haniszalikha.. “

” Alaaaa lembutnya berckp melting laaaaaaa dia punya “no mommy” tu.. “

” Baiknyaaaaa dengar cakap. Pujuk2 sikit je terus mengalah dengan mommy dia. Cair la dgn yusuf ni.. “

” Betul la anak ni mcm sponge. Mommynya mesti cakap lembut je ngan yusof. Diri ni x cakap lembut ngan anak, anak pn balas balik ngan menjerit kat maknya.. tahniah @haniszalikha.. “

” Sis sorang je ke yang ulang video ni 58 kali ? Arghhh Comeiii !! “

Alahai Yusuf tak pernah tak comel. Tak lama lagi Yusuf sudah nak dapat adik. Kami di Berita Kopak mendoakan Yusuf membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu dan ayah di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hanis Zalikha by Berita Kopak / Oh Kopak