” Ultras Malaya terbaik, dekat TV suara korang paling lantang padahal 5 ribu je dalam stadium.. “

” Ultras Malaya terbaik, dekat TV suara korang paling lantang padahal 5 ribu je dalam stadium.. ” – Video Pasukan Harimau Malaya Dirai Oleh Penyokong Tarik Perhatian Ramai

Malam tadi pasukan Harimau Malaya berjaya mara ke final Piala AFF apabila mencatat keputusan seri 2-2 menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua.

Babak yang paling mendebarkan sekali apabila minit-minit terakhir pasukan Thailand diberikan sepakan penalti. Namun rezeki menyebelahi pasukan negara kita apabila sepakan penalti tersebut melambung tinggi atas tiang gol.

Walaupun penyokong pasukan Thailand membanjiri Stadium Rajamangala, namun suara Ultras Malaya begitu lantang kedengaran memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan negara kita. Jika anda menonton siaran langsung di televisyen juga, pastinya anda terasa kemeriahan di stadium.

Syabas diucapkan kepada skuad Ultras Malaya, sokongan anda memberi semangat kepada pemain-pemain negara kita untuk terus berjuang sampai ke akhir perlawanan.

Menerusi akaun Instagram, satu video penyokong-penyokong skuad negara kita yang berada di stadium khususnya Ultras Malaya meraikan kemenangan Harimau Malaya yang berjaya menempatkan diri ke peringkat final.

Mereka menyanyikan pelbagai lagu, antaranya lagu ‘ Inilah Barisan Kita.. ‘ dengan begitu semangat sekali sambil bertepuk dan melambai tangan serta mengibarkan bendera.

Pemain pasukan negara juga turut sama-sama menyanyikan lagu berhadapan dengan penyokong sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Ke final kita !!! Skuad negara dirai oleh penyokong di Stadium Rajamangala selepas mengesahkan tempat ke final. Terima kasih penyokong Malaysia! “

Rata-rata netizen memuji Ultras Malaya yang tak henti-henti memberi sorakan dan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya. Antara komen-komen netizen :

” Penyokong malaysia terbaik.. Kt tv dngr nme MALAYSIA kuat.. Walaupon penyokong thai lgi ramai.. Fuhh.. Tahniah.. “

” Memang mimpi ngeri Gajah Perang malam ni sebab takut kena kejar harimau malaya. Selamat malam rakyat Malaysia tidur lah dengan lena ye hahaha.. Insya Allah kita akan menang di pentas final nanti.. “

” Berdebar ii time penalti tu Allah nasib x goal kemenangan kepada Malaysia kita ke finall.. “

” Ultras terbaik dkt tv suara korang plng lantang padahal 5k je dlm stadium.. “

” Kejut harimau yang sedang tidur. Tapi sekali gajah yang tak bangun2 dari tidur.. “

” Sebab utama malaysia dpt ke final atas sokongan ultras malaysia . Terbaik malaysiaa.. “

Tahniah pasukan Harimau Malaya, Tahniah Ultras Malaya, Tahniah rakyat Malaysia. Sama-sama kita doakan kemenangan Malaysia di Final nanti pada perlawanan timbal balik pada 11 dan 15 Disember ini. Ayuh Malaysiaku !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Arena HD by Berita Kopak / Ciungwanara