VIDEO: Lihat Reaksi Pemain Malaysia Yang Berada Di Tepi Padang Selepas Adisak Gagal Menjaringkan Penalti….

VIDEO: Lihat Reaksi Pemain Malaysia Yang Berada Di Tepi Padang Selepas Adisak Gagal Menjaringkan Penalti….

Perlawanan separuh akhir Piala AFF  2019 Leg kedua dia antara Thailand dan Malaysia semalam sememangnya penuh dramatik. Perlawanan antara Thailand dan Malaysia menarik itu sebenarnya diwarnai dengan pelbagai kisah baik semasa perlawanan dan selepas perlawanan.

Seperti kita sedia tahu, semasa Leg pertama separuh akhir yang berlangsung di Bukit Jalil, Malaysia telah menunjukkan dominasi tinggi dengan melakukan segala upaya tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia kerana gagal menjaringkan sebarang gol dan mencapai kemenangan.

Sebelum perlawanan kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok dalam satu sidang media, penjaga gol Thaland iaitu Chatchai Budprom telah bermain per4ng psikologi apabila mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

“Saya berharap pemain Malaysia mendapat tidur yang nyenyak pada malam ini kerana saya percaya mereka akan mendapat mimpi ngeri pada esok hari, saya pasti”. Begitulah katanya seperti dipetik dari The Star.

Dan dalam perlawanan yang berlangsung semalam, segalanya dilihat tidak menjadi apabila Malaysia membalas setiap gol yang di lakukan oleh pasukan Thailand.

Tetapi ianya seakan berakhir dengan kemenangan untuk pasukan tuan rumah apabila pada pasukan Thailand mendapat penalti pada hujung masa tambahan. Dan pemain Malaysia seperti menyerahkan segalanya pada takdir

Tetapi tuah menyebelahi pasukan Malaysia apabila tendangan penalti yang di ambil oleh Adisak Kraison melambung tinggi di atas palang gol

Dilihat penjaga gol thailand kelihatan meniarap santai di tengah padang seperti menunggu masa untuk meraikan dan membenarkan kenyataannya di dalam sidang media sebelum itu

Mungkin kerana kata-kata penjaga gol Thailand sebelum itu dan aksinya yang meniarap di tengah padang membuatkan pemain Malaysia yang berada di tepi padang berlari ke arah penjaga Thailand dan meraikan kemenangan di depannya

Tonton VIDEO detik-detik pemain Malaysia pergi ke arah penjaga gol thailand dan meraikan kemenangan di bawah ini

kredit Video : SMM Thaileague online

Begitulah kemuncak drama separuh akhir di antara Thailand dan Malaysia. Kadang-kadang segalanya tidak seperti yang dirancang. Segala-galanya boleh berlaku dalam sekelip mata. Bagaimanapun pujian harus diberikan oleh kedua-dua pasukan kerana menunjukkan aksi yang menarik sepanjang perlawanan.

Tahniah Untuk Pasukan Malaysia dan Untuk Thailand, anda tidak kalah sebenarnya, cuma gagal ke final sahaja. Cuba lagi di masa akan datang.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber Video : SMM Thaileague online Facebook