Pada satu hari lelaki ini melihat seorang wanita yang tidak mempunyai kedua kaki …

Pada satu hari lelaki ini melihat seorang wanita yang tidak mempunyai kedua kaki dalam sebuah program TV. Dia berjumpa dengan wanita itu dan mengatakan sesuatu yang mengharukan…

Cinta sejati adalah keadaan di mana seseorang sanggup menerima apa adanya pada pasangannya. Bukan menerima kelebihannya sahaja, malahan sanggup menerima segala kekurangannya. Kisah satu pasangan di China ini perlu dijadikan contoh untuk setiap orang di dunia ini.

Liu Hao dan Li Meiwen adalah sepasang suami isteri yang menetap di wilayah Otonom, pendalaman Mongolia, China. Liu Hai adalah bekas tentera. Pada tahun 1997, ketika dia berusia 25 tahun, Liu Hai terkena renj4tan elektrik dan membuatkan tangannya perlu di pot0ng.

Isterinya pula Li telah kehilangan kaki pada usia 13 tahun lagi kerana terlibat dalam satu kem4l4ngan. Kedua-duanya pun terpaksa melalu hidup sebagai 0KU.

Walaupun begitu, mereka tetap mencuba melalui hidup dengan normal. Liu Hai dapat memakai pakaian dengan sendiri manakala Li Meiwen pula berjalan dengan menggunakan dua bangku kecil sebagai bantuannya.

Pertemuan antara keduanya bukanlah kebetulan. Pada tahun 2007, Liu Hai melihat seorang wanita yang memiliki nasib dan semangat kuat seperti dirinya di sebuah program TV, wanita tersebut adalah Li Meiwen. Liu Hai telah memberanikan diri untuk meminta nombor telefon Liu Hai daripada pihak stesen TV dan akhirnya bertemu dengan Li Meiwen.

Ketika bertemu Li Meiwen, Liu Hai mengatakan kepada Li Meiwen,”Sanggupkah anda untuk hidup bersamaku? Untuk kehidupan yang lebih baik. Kita akan memerlukan anatra satu sama lain!”.

Li Meiwen pun merasa terharu dengan kata-kata tersebut dan akhirnya 2 bulan kemudian, Li Meiwen meninggalkan kampung halamannya dan pergi bersama Liu Hai ke wilayah Otonom Mongolia.

“Memasak, membersihkan rumah dan melakukan pekerjaan rumah, semuanya dapat kami lakukan, bezanya tidak cepat seperti orng normal,” kata Li Meiwen. Tanpa sedar, mereka telah hidup bersama selama 11 tahun dan keduanya saling bekerjasama melakukan segala pekerjaan, dari pekerjaan rumah, bercucuk tanam, menternak ayam dan sebagainya.

Liu Hai dan Li Meiwen juga memiliki seorang anak perempuan yang cantik. Liu Hai berkata,”Kehidupan kami tidak berbeza dengan orang lain. Saya berkahwin, ada isteri dan anak. Kami hidup bersama orang yang kami cintai.” Liu Hai merasa yang hidupnya sangat bahagia dan cukup untuk memenuhi keperluan hidup seharian, oleh sebab itu dia menolak jika ada orang yang ingin memberikan sumbangan untuk keluarganya.

Liu Hai berkata,”Aku sangat berterima kasih pada orang-orang yang prihatin dan mahu membantu keluargaku. Tetapi, aku dan isteriku mampu untuk memenuhi keperluanhidup. Keadaanku yang seperti ini tidak membuatku menjadi malas dan hanya mengharapkan sumbangan dari orang lain untuk hidup.

“Aku juga sudah mempunyai anak. Aku harus memberikan contoh yang baik kepadanya, kalau dalam hidup ini kita harus selalu berusaha, hidup berdikari dan sentiasa ada impian. Lebih baik wang itu diberikan kepada orang-orang yang jauh lebih memerlukan dibandingkan dengan kami”. Tambahnya lagi.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber: Toutiao