” Anak sakit bukan berita hangat atau cerita sensasi, syaitan. Gua bukan makcik bawang.. “

” Anak sakit bukan berita hangat atau cerita sensasi, syaitan. Gua bukan makcik bawang.. ” – Ibu Puteri Balqis geram kisah sakit anaknya dikatakan berita hangat

Baru-baru ini, industri hiburan telah dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan pelakon cilik Puteri Balqis sedang menderita penyakit kanser setelah pelakon itu memuat naik di Instagram sekeping gambar beliau sedang menjalani rawatan dengan hashtag #fightcancer.

Meskipun tiada sebarang maklumat mengenai jenis penyakit yang sedang dialami oleh pelakon drama Lambaian Drama itu, tetapi ramai yang membuat spekulasi yang Balqis sebenarnya sedang menderita penyakit kanser.

Walaupun enggan mengulas lanjut mengenai penyakit anaknya itu, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan bahawa puterinya itu sedang menjalani rawatan termasuk menghidapi masalah pada jantung dengan paru-parunya.

Semalam, Norashikin menerusi Instagramnya telah meluahkan perasaan kesal setelah kisah sakit yang dihidapi anaknya itu disensasikan oleh sesetengah piihak di media sosial.

Luahan beliau itu telah mendapat perhatian pengikutnya di Instagram. Rata-rata mereka meminta supaya dia bersabar dan tidak terlalu melayan kerenah netizen yang terlampau sibuk menjaga kisah orang lain.

Tidak kurang pula yang mendoakan supaya kesihatan Puteri Balqis kembali pulih sepenuhnya.

Sumber : thohustler via OMM