” Pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat suami. Sebak tengok video ini.. ” – Aliff Aziz kongsi video isteri bersalin buat ramai yang SEBAK !!

” Pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat suami. Sebak tengok video ini.. ” – Aliff Aziz kongsi video isteri bersalin buat ramai yang SEBAK !!

Sepotong video yang menyaksikan isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah sedang bersalin tular di media sosial.

Video yang telah dimuat naik semalam sehingga kini telah ditonton lebih 1 juta kali.

Aliff memuat naik video berkenaan sempena sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Ayden Adrean bersama kapsyen yang menyentuh hati.

“Exactly this day 1 year ago, a great gift from God changed my life. 

“It was Ayden’s first day in this world. Thank you mummy @bellaastillah for the pain and struggle she pulled through out the ordeal. 

“It’s considered as your birthday too because you gave birth to our baby. May Allah bless and protect both of you always.

“Happy 1st birthday my little buddy! @aydenadrean17, you bring undescribable joy into our lives i pray you grow up well and healthy and wise. 

“Daddy and Mummy loves you so much! To mummy @bellaastillah thank you for the sacrifices and patience thru every up and down love. May Allah always guide us to a prosperous life together. Amin,” tulisnya.

Video yang disunting dengan lagu One Sweet Day (Mariah Carey & Boyz II Men) itu mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.

“Omg! Sebak tengok video ni,” tulis pelakon Elvina Mohamad.

“Pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat suami. Nangis I tengok muka Bella menahan sakit. Touching!” tambah @nrul.kkanimhmd.

Namun, ada juga segelintir netizen yang menyelar tindakan Aliff memuat naik video isterinya sedang bersalin itu.

“Memang sekarang trend orang Melayu Islam post video bini bersalin ye?” soal salah seorang pengguna.

“Aku rasa video Aliff Syukri lagi okey dari video ini dengan nampak wife Aliff Aziz terkangkangnya,” tambah pengguna lain.

Alif dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Ayden Adrean 8 Julai 2017.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aliffaziz91

Sumber : Gempak.Com