” Sebenarnya kitorang ni hanya BERLAKON.. ” – Ifa Raziah dan Sheeda Dangdut. Apa komen korang ?

” Sebenarnya kitorang ni hanya BERLAKON.. ” – Ifa Raziah dan Sheeda Dangdut. Apa komen korang ?

Pergaduhan antara dua orang penyanyi dangdut, Sheeda dan Ifa Raziah hanyalah gurauan semata-mata.

Sheeda memuat naik video terbaru di laman Instagram miliknya menjelaskan hal yang sebenar.

Sebelum ini, Sheeda memuat naik potongan video dirinya menyerang Ifa di sebuah tempat letak kereta.

Menerusi entri tersebut, Sheeda menggelarkan Ifa sebagai seorang perempuan plastik.

Sebelum itu, Sheeda yang ditemani anaknya, Bienda dan Ifa yang ditemani oleh suaminya menyertai majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara yang berlangsung pada petang semalam.

Artikel Berkaitan :

“ Hari Ini Akan Terbongkar Siapa Yang Bodoh ”- Ifa Raziah

Malam semalam kecoh apabila penyanyi dangdut, Sheeda memuat naik potongan video dirinya menyerang selebriti versatil, Ifa Raziah di sebuah tempat letak kereta.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Sheeda menggelarkan Ifa sebagai seorang perempuan plastik.

Di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan pertelingkahan yang terjadi antara Sheeda dan Ifa.

Terbaharu, menerusi IG Story Ifa Raziah, selebriti itu seolah-olah meluahkan rasa tentang apa yang terjadi.

Menurut Ifa dia bersyukur kerana kutukan itu akan memberinya pahala.

“Alhamdulilah, kutuk aku lagi, pahala aku dapat,” tulisnya.

Selain itu Ifa turut memberitahu hari ini bakal terbongkar sesuatu.

“Hari ini akan terbongkar siapa yang bodoh. Aku yang bodoh atau korang yang bodoh.

“Hari ini aku pula makikan korang,” tulisnya lagi.

Sebelum itu, Sheeda yang ditemani anaknya, Bienda dan Ifa yang ditemani oleh suaminya menyertai majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara yang berlangsung pada petang semalam.

Foto: IG Ifa Raziah
Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber : Gempak.Com