KHABIB NURMAGOMEDOV Mengajar Sepupunya Mengaji Al Quran…

KHABIB NURMAGOMEDOV Mengajar Sepupunya Mengaji Al Quran…

Khabib Nurmagomedov,lelaki yang kalahkan Connor McGregor dalam UFC ada banyak cerita menarik.Dia seorang Muslim.Hidup dalam keadaan haru biru. Bertinju dengan beruang sejak kecil.

Ada banyak cerita menarik sebenarnya.Tapi, antara yang berjaya menarik perhatian saya adalah perlawanan pertama beliau.

Ketika itu, anak pertamanya baru saja lahir.Kalau tak silap, pukul 2 pagi.Khabib pula terlepas peluang untuk melihat anaknya yang baru lahir.Sebab dia perlu fokus untuk perlawanan sulungnya.

Selepas tamat perlawanan, seorang wartawan ajukan soalan kepada dia,
“Khabib, apa perasaan awak apabila terlepas saat istimewa ketika anak pertama awak dilahirkan?.
Adakah awak rasa menyesal?”

Jawapan Khabib ringkas dan padu.Katanya;
“Saya ada Allah. Saya minta Allah jaga isteri dan anak saya.Saya yakin dengan pertolongan Allah.”

Dari segi lenggok bahasa, cara percakapan dan ketegasan dia menjawab soalan ketika itu, memang lain macam.Khabib tak ada muka bersalah,sedih dan juga gembira.

Apa pendapat Anda?

Ciungnawara / Beritakopak Artikel

Sumber : Pena Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *