Lelaki Ini Membelanjakan Sebanyak RM4.9 Juta Untuk Membina Semula Replika Kapal Nabi Nuh. Sekarang, Ianya Sudah Bersedia Untuk Belayar Ke…

Lelaki Ini Membelanjakan Sebanyak RM4.9 Juta Untuk Membina Semula Replika Kapal Nabi Nuh. Sekarang, Ianya Sudah Bersedia Untuk Belayar Ke…

Johan Huibers semasa kecilnya selalu di bacakan kisah nabi Nuh dan bahteranya oleh ayahnya sebelum tidur. Kemudian kisah itu memberinya ilham untuk membina kembali replika bahtera tersebut. Ideanya itu hanya ditertawakan oleh isterinya sambil bergurau mereka boleh pergi ke bulan selepas projeknya itu selesai.

Tetapi Johan sebenarnya tidak bergurau dan dia berjaya menyiapkan versi pertama ‘bahtera’ tersebut pada tahun 2006. Tetapi dia tidak berpuas hati kerana bahtera yang disiapkannya itu hanya separuh saiznya dari saiz sebenar seperti yang diceritakan dalam kitab agamanya. Dia bertekad untuk membuatkan saiz sebenar dan menjadikannya impiannya itu kenyataan.

Pada tahun 2008, Johan Huibers bekerjasama dengan tukang kayu amatur untuk membina mengikut saiz yang diterangkan dalam kitab agamanya.


Kredit imej: Ark Of Noah@arkofnoah.org

Bahtera yang telah siap dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 2012. Bahtera ini membelanjakan hampir $ 1.6 juta(RM4.9 Juta) untuk disiapkan. Huibers kemudian mengatakan “Kami bukan pembina bot yang profesional. Banyak perkara di sini yang agak bengk0k. ”


Kredit imej: Ark Of Noah@arkofnoah.org

Ramai yang berasa kagum dengan bahtera yang dibinanya itu. Bahtera tersebut lengkap dengan model haiwan kayu, termasuk gorila, gajah dan badak – sama seperti dalam kitab dalam agamanya. Replika Bahtera Nabi Nuh ini adalah tarikan popular di Dordrecht, Belanda, tetapi m4langnya ianya terpaksa ditutup kepada pengunjung kerana perselisiihan antara Huibers dan pegawai majlis bandar.


Kredit imej: Ark Of Noah@arkofnoah.org

Pembina membina kapal itu mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Alkitab Ibrani. Replika berukuran besar kapal Alkitab memiliki bingkai keluli, dan dibina dengan kayu aras Amerika dan kayu pinus.


Kredit imej: Ark Of Noah@arkofnoah.org

Ketinggian kapal itu sama dengan bangunan lima tingkat (75 kaki). Dalaman bahtera itu adalah 95 kaki lebar, panjang 410 kaki, beratnya 2,500 tan dan dapat memuatkan lebih dari 5,000 orang sekaligus. Pada asalnya, Huiber merancang untuk belayar ke Brazil untuk Olimpik Rio 2016, tetapi disebabkan bimmbang dengan taraf keselamatan, rancangan itu terpaksa dibatalkan.


Kredit imej: Ark Of Noah@arkofnoah.org

Sekarang, dia berkata bahawa “tempat pilihannya untuk bahtera itu adalah Israel, Ini adalah salinan dari kapal Tuhan. Hanya di sana sahaja tempat untuk membawanya iaitu tanah Tuhan,”. Bagaimana Huibers terpaksa menangguhkannya kerana keadaan yang tidak selamat di sana.


Kredit imej: Ark Of Noah@arkofnoah.org

Pada masa ini Huibers mencari sumbangan dari orang Samaria yang baik untuk membantu mencapai matlamatnya bagi membawa kapal itu ke Israel. Oleh kerana kapal itu tidak mempunyai enjin penggerak, Huibers perlu menyewa kapal tunda untuk belayar, memerlukan kira-kira $ 1.3 juta untuk melengkapkan pelayaran tersebut.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber : Boredpanda / arkofnoah.org