Lelaki Ini Beri Hantaran RM38,ooo, Emas 100 gram Dan Kuda Untuk Mengahwini Gadis Ini. Jumlahnya dikatakan Mencecah RM144,000

Lelaki Ini Beri Hantaran RM38,ooo, Emas 100 gram Dan Kuda Untuk Mengahwini Gadis Ini. Jumlahnya dikatakan Mencecah RM144,000

Pada hari Rabu (19/12/2018), sebuah perkahwinan di Indonesia menarik perhatian netizen di sana apabila ianya dikatakan perkahwinan paling mahal yang dilangsungkan. Perkahwinan di antara Muhammad Ikbal dan Firda Fitria yang dilangsungkan di Balang Pasui, Jeneponto Sulawesi selatan tersebut mendapat liputan meluas media di negara itu.

Seperti dipetik dari Tribunnews, Muhammad Ikbal telah memberikan hantaran sebanyak RP130 juta atau lebihkurang RM37,000 berserta dengan satu kilogram emas dan kuda. Jika di campur nilai jumlah ketiga-tiga itu nilainya mencecah lebih setengah miliar rupiah atau bersamaan dengan RM144,000.

Pada mulanya sebuah status di Facebook Daeng Sila Rika memuatnaik kapsyen  ‘uang panai 130 juta + emas 100 gram + beras 1 ton dan masih banyak cukcok” yang bermaksud wang mahar 130 juta(RM38,ooo), emas 100 gram, beras 1 tan dan masih banyak lagi.

Memetik Tribunnews, TribunJeneponto.com telah pergi ke rumah pengantin perempuan untuk mengesahkan status yang dimuatnaik di Facebook itu dan menemubual bapa pengantin gadis tersebut berkenaan perkara itu.

Menurut bapa kepada Fitria, Haji Saparuddin, segala yang ditulis di Facebook tersebut adalah benar tetapi semua hantaran tersebut bukanlah untuk dibuat suka-suka melainkan sebagai simpanan untuk anaknya dalam melayari hidup berumahtangga.

“Jadi wang panaik (mahar) ini kami gunakan sebagai simpanan untuk Fitria dan Ikbal, bukan untuk berf0ya-f0ya untuk majlis perkahwinan”. Kata Haji Saparuddin.

Haji Saparuddin juga tidak menolak jika wang tersebut ada digunakan sedikit untuk majlis perkahwinan itu tetapi mereka lebih memikirkan tentang masa depan kehidupan rumahtangga anak mereka.

Dilaporkan juga yang bapa Ftria dan bapa Ikbal adalah peniaga emas di salah sebuah Kedai emas yang terdapat di P4lu, Suláwesi Tengah. Jadi tidak hairanlah jika keluarga Ikbal mampu untuk memberikan hantaran sebanyak itu.

Selain itu menurut Haji Saparuddin, kedua keluarga mereka juga mempunyai hubungan kekeluargaan yang tidak jauh dan jarak rumah mereka juga berdekatan antara satu sama lain iaitu hanya berjarak 300 meter sahaja.

Menurutnya lagi, segala hantaran dan barang-barang itu telah dipersetujui oleh keluarga pihak lelaki sebelum itu dan pihak lelaki memang tidak keberatan memenuhi jumlah yang dipinta oleh pihak perempuan.

Di media Instagram@@makassar_iinfo pula memuatnaik kapsyen seperti berikut “Kembali pernikahan mahal terjadi di Sulawesi Selatan, lagi-lagi di Kab Jeneponto, Uang Panaik 130 juta, emas 1 Kg, beras 1 ton, rumah dan kuda.. dan jika di total lebih dari setengah Milyar.”

“Buat anak muda yang lain, jangan mau malas-malasan. Alamat : Balang Pasui, Kab Jeneponto…,” tulis akaun @makassar_iinfo itu.

Apapun diharapkan semoga perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan semoga rumahtangga mereka berbahagia dan ceria sehingga ke anak cucu.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Ciungwanara / Berita Kopak