Walaupun Hanya Menjual Tauhu, Pemuda Kacak ini Menarik Perhatian Ramai Netizen Dengan Pakaiannya Yang Ala-Ala Seorang CEO..

Walaupun Hanya Menjual Tauhu, Pemuda Kacak ini Menarik Perhatian Ramai Netizen Dengan Pakaiannya Yang Ala-Ala Seorang CEO..

Kita selalu melihat sesuatu yang unik dan lain daripada kebiasaan yang dimuatnaik di media sosial yang selalunya menarik perhatian ramai orang dan menjadi viral. Pelbagai cara dan gaya yang tidak kita sangka dengan tujuan untuk memperlihatkan sesuatu yang berlainan daripada kebiasaan.

Apabila kita melihat orang berpakaian kemas dengan kemeja dan tie, di sesuaikan lagi dengan kot pasti kita menyangka orang tersebut adalah seseorang yang menjawat jawatan penting di pejabatnya ataupun sekurang-kurangnya dia mungkin adalah seorang yang profesional.

Berlainan pula yang dilakukan oleh pemuda ini. Seperti dimuatnaik oleh akaun Instagram@lambe_turah, pemuda yang berpakaian kemas ini adalah seorang penjual tauhu bergerak yang menggunakan motosikal. Menurut laman Intisari, nama pemuda yang bersemangat luarbiasa ini adalah Hikam Abdul Manan berumur 19 tahun daripada Bandung, Indonesia.

Dengan berpakaian ala-ala CEO, Hikam menjual tauhu mengelilingi bandar Bogor menggunakan motosikal Hondanya. Gayanya yang kemas dan unggul itu cepat menarik perhatian netizen di sana.

Kisahnya itu menjadi perbualan di serata tempat lebih-lebih lagi di media sosial. Disebabkan oleh gayanya yang kemas ditambah lagi dengan paras rupa yang tidak kurang menariknya, ramai kaum wanita yang ingin bergambar dengannya.

Menurut Hikam, dia melihat konsep berpakaian kemas ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Melalui pembacaannya di Google, dia mengetahui dengan berpakaian yang kemas ini dapat menarik perhatian orang dan kerana itulah dia melakukannya.

Muatnaik Instagram Instagram@lambe_turah yang menceritakan kisah pemuda dengan semangat luarbiasa ini

 

View this post on Instagram

 

. Kang tahu ini kapan yaaa lewat depan rumah . Pengen beli akangnya ehh tahunyaaaa . 😅😅

A post shared by Bukan Akun Haters / Fanbase 😘 (@lambe_turah) on

Mungkin pendapatnya itu benar apabila dia telah menarik perhatian ramai orang dengan gayanya yang kemas itu. Ramai orang yang membeli jualannya sambil bergambar.

Sesuatu yang patut dicontohi oleh orang lain adalah dia telah membuktikan bahawa dengan berpakaian kemas, tidak kira apa yang dilakukan, pasti akan dapat menarik perhatian. Syabas atas semangatmu Hikam!

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Ciungwanara / Berita Kopak