Wanita Ini Telah Menyamar Menjadi Seorang Lelaki Selama 43 Tahun. SEBABnya Melakukan Perkara Itu Buat Ramai Netizen Menitiskan Airmata..

Wanita Ini Telah Menyamar Menjadi Seorang Lelaki Selama 43 Tahun. SEBABnya Melakukan Perkara Itu Buat Ramai Netizen Menitiskan Airmata..

Kita selalu membaca tentang seseorang yang ingin menukar jantin4nya di media sosial. Mereka yang pada asalnya seorang lelaki ingin menjadi perempuan dan tidak kurang juga yang perempuan ingin menjadi lelaki. Kebanyakkan dari mereka itu mempunyai sifat yang berlawanan di dalam diri mereka dan kerana sifat itulah yang membina jati diri mereka.

Tetapi kisah seorang wanita dari Mesir yang bernama Sisa Abu Daooh ini berbeza dengan situasi di atas. Selama 43 tahun dia menyamar menjadi seorang lelaki bukan kerana nalurinya ingin menjadi seperti lelaki tetapi ada sebab lain yang membuatkan dia menjadi begitu.

Sisa yang menetap di Luxor, Mesir telah berkahwin dengan seorang lelaki ketika umurnya baru berusia 21 tahun. Tetapi suaminya itu telah pergi buat selama-lamanya selepas mereka mendapat cahayamata pertama kerana masalah kesihatan.

Di Mesir ketika itu, seorang wanita diwajibkan menjadi surirumah dan tidak dibenarkan untuk bekerja kerana itu adalah tugas orang lelaki untuk mencari nafkah. Tetapi Sisa harus bekerja untuk menampung kehidupannya bersama dengan anaknya yang baru berusia 6 bulan.

Ramai orang yang menasihatinya supaya berkahwin agar dapat meringankan bebánnya tetapi di dalam fikiran Sisa ketika itu dia takut untuk berkahwin kerana bimbang suaminya tidak dapat menerima kehadiran anaknya.

Akhirnya Sisa mengambil keputusan untuk menyamar menjadi orang lelaki. Dia mengubah penampilannya dari pakaian, wajah menjadi seperti benar-benar orang lelaki. Kemudian dengan penampilannya itu, dia mencari pekerjaan untuk mencari nafkah buat dirinya dan anaknya.

“Sangat sukar bagi saya untuk berpenampilan seperti seorang lelaki, tetapi saya perlu melakukannya untuk anak perempuan saya. Menjadi orang lelaki adalah satu sahaja jalan supaya saya dapat mencari duit”. Kata Sisa.

Bermula dari situlah sehingga selama 43 tahun dia telah menyamar menjadi seorang lelaki. Tetapi semakin lama identiti dirinya yang sebenar mula diketahui orang. Ramai orang yang memperkatakan tentang kisahnya yang menyamar menjadi lelaki itu sehinggalah kisah itu sampai ke pengetahuan Presiden Mesir ketika itu, Abdel Fáteh Al-Sisi.

Presiden Mesir itu merasa kagum dengan kisahnya dan telah menganugerahinya sebagai Ibu Paling Berjasa Di Luxor. Sisa telah mendapat hadiah berupa sebuah kedai dan sejumlah wang untuk dirinya supaya dapat mencari pendapatan dan memulakan usaha baru.

Begitulah kisah Sisa yang sanggup menyamar menjadi seorang lelaki selama 43 tahun demi membesarkan anaknya. Peng0rbanannya itu menunjukkan betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya sehingga sanggup melakukan pelbagai cara untuk anaknya.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber: injurylawyer