Dengan Hanya Menjual Telur Dadar, Mereka Dapat Menjana keuntungan RM300 Dalam Masa 3 Jam. Apakah Rahsia Telur Dadar Mereka…

Dengan Hanya Menjual Telur Dadar, Mereka Dapat Menjana keuntungan RM300 Dalam Masa 3 Jam. Apakah Rahsia Telur Dadar Mereka…

Pemuda ini dan ibunya berasal dari Xinjiang, China. Dia bersama ibunya telah menjalankan perniagaan menjual telur dadar di sebuah pasar di bandar Aksu, Xinjiang.

Pasar ini menjual berbagai bahan-bahan mentah seperti sayur, buah, daging untuk kegunaan penduduk setempat. Dan di pasar ini uga ada dijualkan gerai-gerai untuk menjual sarapan pagi.

Penduduk-penduduk di sekitar bandar ini akan pergi ke pasar itu untuk bersarapan dan kedai yang paling mendapat tumpuan adalah kedai pemuda ini.

Pemuda ini baru berusia 20 tahun sibuk membuat telur dadar bersama ibunya. Sebenarnya tiada yang istimewa pada telur dadar buatan mereka cuma mereka membuat telur dadar dalam ukuran yang besar yang menggunakan 2 biji telur setiap kepingnya.

Dengan menjualnya pada harga 5 yuan(RM3) ternyata ramai yang meminatinya kerana menurut pelangan yang datang membeli, telur dadar yang mereka buat sedap dan enak dimakan. Di samping itu, menurut mereka telur dadar yang dijual mereka murah dan berpatutan.

Pemuda ini dan ibunya akan membuka jualan mereka pada awal-awal pagi dan hanya berniaga 3 jam sehari. Dengan dua dapur untuk memasak, mereka dapat menjual sehingga lebih 150 keping telur dadar dalam masa 3 jam dan memperolehi keuntungan sehingga 500 Yuan (RM300).

Mereka sangat berpuas hati dengan pendapatan yang mereka perolehi itu. Selepas berniaga, pemuda ini juga bekerja di sebuah syarikat dengan gaji lebih kurang Yuan 3000(RM1800). Menurutnya, dia masih muda dan tidak merasa penat untuk bekerja di dua tempat. Lagipun dia hanya berniaga 3 jam sahaja sehari.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak Dari laman Toutiao

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..