Ekoran Kes Seorang Netizen Yang Biad4p Dan Menghina KDYMM Agong, Saudara Firdaus Cadangkan Apa Yang Patut Dilakukan !!

Ekoran Kes Seorang Netizen Yang Biad4p Dan Menghina KDYMM Agong, Saudara Firdaus Cadangkan Apa Yang Patut Dilakukan !!

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan apabila Istana Negara memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Januari (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, timbul pelbagai persoalan mengapa Sultan Muhammad V membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya.

Komen-komen netizen memenuhi entri-entri di media sosial. Namun begitu, tindakan seorang netizen memberi komen yang biad4p dan menghina Sultan Muhammad V mendapat perhatian ramai sehingga membuatkan ramai yang marah.

Maksud komen biad4p netizen berkenaan.

Disebabkan komen berkenaan, netizen ini menjadi viral di media sosial. Ramai yang mengecam komennya yang sangat keterlaluan dan tidak menghormati Raja dan Sultan.

Akaun facebooknya diserang oleh orang ramai. Malah ada yang membuat report kepada syarikat tempat netizen berkenaan bekerja.

 

Akhirnya netizen itu mengaku bersalah atas komen biad4p yang dilemparkan kepada bekas Agong kita dan meminta orang ramai untuk memaafkannya. Hasil carian kami di Berita Kopak, netizen ini sudah memadam akaun Facebooknya.

Ekoran isu ini, seorang pengguna Facebook yang bernama Firdaus Wong Wai Hung yang merupakan Founder & President of Multiracial Reverted Muslims (MRM) menasihati orang ramai supaya tidak terus memaki hamun dan menc4rut.

Beliau mencadangkan supaya mengikut langkah-langkah di bawah untuk melaporkan penyalahgunaan media sosial seperti kes ini.

Tak perlu memaki hamun dan tak perlu mencarut. Ini antara caranya kita boleh mengembalikan keharmonian negara dari segelintir masyarakat yang s4kit.

1. Baca komen di akaun media sosial portal berita atau di Group Facebook dan lihat siapakah yang menuturkan perkataan yang menghina Raja & Sultan, menghina agama, rasis dan fitnah.

2. Screenshot komen mereka.

3. Cari gambar mereka dan perniagaan serta tempat kerja mereka. Selidik dulu dan pastikan ianya sahih.

4. Mesej majikan mereka & hantarkan screenshot komentar mereka yang menghina Raja & Sultan, menghina agama, rasis dan sebagainya serta meminta disiasat dan individu terbabit diambil tindakan.

5. Andai individu itu berniaga, boikot beramai-ramai dan seru orang lain untuk boikot sekali. Sekali lagi, pastikan sahih dan jangan terburu-buru mengikut emosi tetapi rasional dalam bertindak.

6. Buat laporan dengan @skmm_mcmc untuk menyiasat dan mengambil tindak terhadap pelaku tersebut.

Mereka yang terlibat menyalahgunakan media sosial boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (A) akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Akta 588) yang jikalau sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan setahun atau kedua-duanya sekali!

Jangan kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu sekali. Yang suka menghina, meremeh Islam dan agama lain serta Raja & Sultan, peratusannya rendah dan jangan biarkan mereka yang KKS (kurang kasih sayang) menjejaskan keharmonian dan keamanan negara.

Rakyat Belum Muslim baik pemimpin atau orang awam juga perlu bersama menegur dan memperbetulkan mereka yang bertindak di luar batasan.

#liberalmediabias #firdauswong @ Setapak

Terima kasih Firdaus Wong Wai Hung di atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi informasi kepada semua di luar sana.

Kepada netizen di luar sana, sila ambil pengajaran daripada isu ini. Terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak kata buruk padahnya. Jika tiada apa-apa yang baik untuk dikomen, lebih baik senyap sahaja. Tak perlu komen apa-apa yang boleh meny4kit atau menghina pihak lain.

Silakan SHARE..

Sumber : Firdaus Wong Wai Hung (Official) by Berita Kopak / Ciungwanara

……….

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..