” I want to be a police officer to protect my country ” – Adik ‘Aishah London’

” I want to be a police officer to protect my country ” – Kepetahan Berbahasa Inggeris Adik ‘Aishah London’ Yang Ditemubual Di Johara Pagi Era Sekali Lagi Curi Perhatian Ramai

Baru-baru ini viral di media sosial video rakaman seorang murid perempuan darjah satu yang menjadi bualan ramai kerana kepetahannya berbahasa Inggeris.

Rata-rata netizen turut merasa kagum dengan kehebatan kanak-kanak bernama Hana Aishah Mustafa Kamal itu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Menurut ayahnya, Aishah mula bertutur dalam bahasa Inggeris sejak umur tiga tahun dan fasih berbahasa Inggeris sehinggakan orang kampung memanggilnya ‘Aishah London’ kerana kepetahannya itu.

Kepada yang masih belum menonton video Aishah yang viral baru-baru ini boleh lah menonton video di bawah :

Yang terbaru, Aishah dijemput menjadi tetamu undangan di Johara Pagi Era. Telatah Aishh yang petah berbicara itu membuatkan pendengar terhibur. Penampilan Aishah yang manis dan comel bertudung biru turut mendapat perhatian ramai.

Di sini kami kongsikan beberapa gambar dan video Aishah ditemubual di konti Radio Era :

” Hana Aesyah dah sampai ! Memang banyak cakap weh ! Tak takut orang punnn.. “

 

View this post on Instagram

 

Hana Aesyah dah sampai ! Memang banyak cakap weh ! Tak takut orang punnn 😍🥰 #JoHaRaPagiERA

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

” Haaa power tau dia main game ni. Siap bagi tahu trik dia sekali. Comel la Aesyah nii.. ‘

” Aesyah kata sekolah dia punya kantin bestt !! Kantin sekolah best tak macam sekolah Aesyah ? Hehe.. “

” Haaa siapa yang tanya mana Aesyah belajar English tu. Ayah dia ajar. Pastu ada Aunty Ida dari New Zealand ajar dia juga. Hehe.. “

” ‘I want to be a police officer to protect my country’ Pandainyaaaaaa Aesyahhhh.. “

” Seronok melayan Hana Aesyah harini ! Korang tunggu video full best tau !! “

 

View this post on Instagram

 

Seronok melayan Hana Aesyah harini ! Korang tunggu video full best tau !! #AesyahLondon #JoHaRaPagiERA

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Rata-rata netizen kagum dengan kebolehan Aishah berbahasa Inggeris dengan fasih. Antara komen-komen netizen :

” Jelesnya akak dik . dah laa comel petah berbahasa inggeris pulak tu hmm.. “

” Ya Allah, pandai sungguh aisyah ni, kecik2 dah pandai. hebat sungguh didikan mak ayah dia.. “

” Haiii ecah london… london sgt speaking.. I love it. smpai ke kl dah ecah.. “

” Aisyah london beso nanti jangan terbuka sana sini k.. skang lawa penampilan. Jaga aurat hokeyy dikkk.. muah ciked.. “

” Aesyah London!!!! omgggg.. u are so adorable sayang.. “

” Mana yg a lot of mix tu kene malu dgan adk ecah ni… Dia muka melayu pun fluent english… “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aishah membesar dengan sihat, bijak dalam perlajaran, menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.Je by Berita Kopak / Ciungwanara

……….

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..