20 tahun Ibunya Bekerja Sebagai Pembantu Rumah Di Hong Kong. Pada Hari Terakhir Ibunya Bekerja Anaknya Ini Buat Sesuatu Yang Buat Ibunya Terharu !!

20 tahun Ibunya Bekerja Sebagai Pembantu Rumah Di Hong Kong. Pada Hari Terakhir Ibunya Bekerja Anaknya Ini Buat Sesuatu Yang Buat Ibunya Terharu !!

Hans Alcanzare, anak lelaki Teresita Alcanzare, 61 tahun, baru-baru ini membawa ibunya untuk bercuti dan melancong ke 7 negara Asia untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibunya kerana sanggup berjauhan dari keluarganya di Filipina untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong demi mencari rezeki.

Terjemahan Oleh Berita Kopak / Sila LIKE Facebook Berita Kopak Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Hans secara peribadi mengambil ibunya dari rumah tempat di mana ibunya bekerja selama 20 tahun pada hari terakhir ibunya bekerja. Hans hanya seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ketika Teresa terpaksa meningggalkannya untuk bekerja di Hong Kong.

Gambar ibu tunggal bersama anak di lapangan terbang Hong Kong dengan serta-merta menjadi viral kerana ramai orang mendapati ianya memberi inspirasi dan mengharukan.

Hans bersama ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sebelum berangkat untuk lawatan percutian di seluruh Asia.


Kredit: Hans Alcanzare

Teresa adalah ibu tunggal tujuh anak dan dia tidak mempunyai pilihan lain selain bekerja di luar negara untuk mencari nafkah dan dia meninggalkan anak-anaknya dengan saudara-saudaranya.


Kredit: Hans Alcanzare

Dia mengatakan bahawa satu-satunya perkara yang membuatnya terus kuat adalah untuk memastikan anak-anaknya mendapatkan pendidikan terbaik bagi mereka untuk berjaya dalam karier mereka.

Hans ingin mengucapkan terima kasih atas peng0rbanan ibunya sehingga dia merancang lawatan percutian untuk ibunya ke 7 negara: Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Malaysia dan Macau.


Kredit: Hans Alcanzare

” Hai Mak, sudah tiba masanya untuk pulang ! Saya masih ingat ketika saya berusia enam tahun ketika anda meninggaalkan kami … untuk memberi kami kehidupan yang lebih baik. ” Hans menulis dalam status Facebooknya.

” Selepas 20 tahun bekerja keras dan berkorban, ia menghasilkan mimpi menjadi realiti untuk kami … Kami amat berbahagia mempunyai ibu seperti anda yang tidak menyerah kalah kerana kami,” katanya.

” Sebelum pulang ke rumah dengan baik, mari kita pergi ke serantau asia untuk membuat percutian yang di bayar penuh. Kami sayang kamu ibu ! Perhentian pertama : Singapura ! “

” Hari pertama ibu di Singapura “

Tiba di Indah, Indonesia.


Kredit: Hans Alcanzare

” Meninjau pemandangan seni bina Menara Berkembar Petronas ” – Hans dan Teresa mengambil gambar ketika mereka pergi untuk bersiar-siar di Kuala Lumpur, Malaysia


Kredit: Hans Alcanzare

“Kebahagiaan adalah melihat senyuman ibu anda,” tulisnya.

” Ia telah mengambil masa 20 tahun untuk andamembuat lawatan ke salah satu negara impian anda (seperti di dalam gambar), tetapi anda akhirnya di sini ! Cukup menikmati setiap saat. Senyumanmu tak ternilai! ” Hans menulis.


Kredit: Hans Alcanzare

Terima kasih kepada peng0rbanan dan kerja kerasnya, sekarang semua anaknya berjaya; akauntan, guru, juruurawat, ahli farmaasi / bidan, jurutera awam, kontraktor paip dan perancang bandar.

” Detik-detik yang anda tidak dapat lukiskan dengan kata-kata “


Kredit: Hans Alcanzare

20 tahun kerja kerasnya dan dipisahkan dengan anak-anaknya kini akhirnya semuanya telah berjaya. Kami berharap Hans dan adik-beradiknya terus membuat ibu mereka bangga!

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : engoodtimes.my / Disediakan dan diterjemah oleh Berita Kopak / Ciungwanara

……….

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..