Lelaki Ini Pergi Ke Mana Sahaja Dengan Memakai Emas Seberat 13 Kilogram. Sebenarnya Bukan Dia Berlagak Tetapi Tujuannya Adalah Untuk…

Lelaki Ini Pergi Ke Mana Sahaja Dengan Memakai Emas Seberat 13 Kilogram. Sebenarnya Bukan Dia Berlagak Tetapi Tujuannya Adalah Untuk…

Bagi agama Islam, orang lelaki dilarang memakai barangan perhiasan emas dan hanya orang perempuan yang dibenarkan. Ada hikmahnya mengapa dalam agama Isl4m orang lelaki tidak dibenarkan memakai emas. Tetapi bagi agama lain, diketahui tiada larangan untuk orang lelaki memakai emas sebagai barangan hiasan.

Bagi mereka yang berharta dan kaya, tiada perkara yang tidak boleh dibeli. Semuanya yang diinginkan pasti tercapai. Begitu juga dengan seorang usahawan kaya dari Vietnam yang bernama Tran Ngoc Phuc ini.


Screensh0t Youtube

Lelaki kaya yang berusia 36 tahun ini telah menarik perhatian ramai apabila memakai emas yang beratnya mencecah 13 kilogram dan yang paling menariknya dia membawanya ke mana sahaja dia pergi.


Screensh0t Youtube

Video Tran Ngoc Phuc yang memakai emas ini telah dimuatnaik di media Youtube dan menjadi viral apabila puluhan ribu orang memberikan komentar mengenainya. Di dalam video itu beliau telah diwawancara oleh salah satu media di sana yang bertanyakan tentang gaya hidupnya yang mewah itu.


Screensh0t Youtube

Menurut Tran Ngoc Phuc, pada mulanya memakai barangan kemas seberat 13 kilogram terasa begitu membeb4nkan tetapi lama-kelamaan ianya tiada masalah lagi. Dia berkata dengan memakai emas ini membuatkan keyakinan dirinya meningkat dan membuatkan dia lebih bertuah dalam mengembangkan kekayaannya.


Screensh0t Youtube

Lihat barangan kemas yang dipakainya ini. Terdapat 2 gelang yang beratnya 5 kilogram, empat cincin dan waistband yang masing-masing seberat seberat 500 gram dan rantai emas seberat 5 kilogram.

Menurut Tran Ngoc Phuc lagi, dia mula mengumpul barangan emas ini selepas seorang peramal Feng Sh0i memberitahunya yang emas akan mengembangkan lagi kekayaan dan tuahnya. Dipetik dari laman oddity Centra, anggaran nilai emasnya dibadannya itu adalah berjumlah USD 550 ataupun lebihkurang RM2,261,600!


Screensh0t Youtube

Dengan barangan kemas yang berjumlah jutaan ringgit di badannya ini membuatkan dia telah mengupah lima orang pengawal peribadi yang akan sentiasa menemaninya kemana sahaja dia pergi.


Screensh0t Youtube

Kekayaan yang ada pada Tran Ngoc Phuc bukanlah dari keturunan yang kaya. Semasa kecil, dia membesar di dalam kemiskiinan. Pada umur 20 tahun dia telah menceburi perniagaan minyak. Dari situlah dia terus berkembang dan menjadi orang yang mewah seperti sekarang.

Tonton VIDEO Tran Ngoc Phuc Di Bawah Ini

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber : Youtube