Jep, Rahim Dan Angah Sampai Berbelit Lidah Nak Bagi Soalan Dalam Bahasa Inggeris Pada Adik Aishah London

Jep, Rahim Dan Angah Sampai Berbelit Lidah Nak Bagi Soalan Dalam Bahasa Inggeris Pada Adik Aishah London. Serius Kelakar Wehhh !!

Baru-baru ini viral di media sosial video rakaman seorang murid perempuan darjah satu yang menjadi bualan ramai kerana kepetahannya berbahasa Inggeris.

Rata-rata netizen turut merasa kagum dengan kehebatan kanak-kanak bernama Hana Aishah Mustafa Kamal itu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Menurut ayahnya, Aishah mula bertutur dalam bahasa Inggeris sejak umur tiga tahun dan fasih berbahasa Inggeris sehinggakan orang kampung memanggilnya โ€˜Aishah Londonโ€™ kerana kepetahannya itu.

Kepada yang masih belum menonton video Aishah yang viral baru-baru ini boleh lah menonton video di bawah :

Yang terbaru, Aishah dijemput menjadi tetamu undangan di Johara Pagi Era. Telatah Aishah yang petah berbicara itu membuatkan pendengar terhibur. Penampilan Aishah yang manis dan comel bertudung biru turut mendapat perhatian ramai.

Kepada yang masih belum mengetahui kisah ini, boleh baca di link di bawah :

” I want to be a police officer to protect my country ” – Adik ‘Aishah London’

Keesokan harinya, Aishah dijemput pula menjadi tetamu undangan di Radio Sinar pula dalam segmen Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim dan juga Angah. Aishah ditemani oleh kedua-dua ibu bapanya.

Apa yang menariknya, sampai berbelit lidah Jep, Rahim dan Angah untuk bertanya soalan dalam bahasa Inggeris kepada Aishah. Apa-apa pun, segmen ini membuatkan ramai yang terhibur.

Di sini kami di Berita Kopak kongsikan beberapa gambar dan video yang dimuatnaik di akaun Instagram Sinar :

” Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Kita bawakan hari ni adik Hana Aishah dan bapanya, Encik Mustapha Kamal untuk berkongsi bagaimana adik Aishah petah berbahasa Inggeris.. “

” Dahsyat betul adik Aishah ni bila keluarga sendiri pun belajar Bahasa Inggeris dengan dia.. “

 

View this post on Instagram

 

Dahsyat betul adik Aishah ni bila keluarga sendiri pun belajar Bahasa Inggeris dengan dia. #PagiDiSinar #SinarKongsi

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

” Adik Aishah minat Bahasa Inggeris seawal umur dia 3 tahun.. “

 

View this post on Instagram

 

Adik Aishah minat Bahasa Inggeris seawal umur dia 3 tahun. #PagiDiSinar #SinarKongsi

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

” Antara tips yang diterapkan oleh Encik Mustapha Kamal untuk anak-anaknya ialah dia tidak mengongkong anak-anaknya untuk buat aktiviti harian.. “

” Ada tak Encik Mustapha bimbang dengan Aisyah ni sebab banyak sangat exposure di media sosial ?. “

” Petahlah adik Aishah ni speaking. Tergagap-gagap abang ni semua nak tanya soalan kat Aishah.. “

 

View this post on Instagram

 

Petahlah adik Aishah ni speaking. Tergagap-gagap abang ni semua nak tanya soalan kat Aishah. ๐Ÿ˜‚

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

” Terima kasih Encik Mustapha dan isteri serta Aishah yang datang pagi ni untuk bersama dengan geng #PagiDiSinar. Nantikan video geng #PagiDiSinar cuba speaking dengan adik Aishah ni.. “

” Fasih adik Aishah ni cakap bahasa inggeris, tak hairanlah orang panggil dia Aishah London. Tapi hujung-hujung tu boleh pulak dia cakap bahasa melayu, kesian Jep, Rahim dengan Angah sampai terbelit lidah diaorang nak bagi soalan bahasa Inggeris.

Full video di Facebook dan YouTube Sinar.. ” (Video penuh di hujung artikel)

Rata-rata ramai yang kagum dengan kepetahan adik Aishah. Antara komen-komen netizen :

” Alololo comelnyaa adik aishah.. Petah sangat….smoga terus berjaya adik… “

” “Many many drinks you like what drinks? ” part ni aku berdekakk hahahhaha.. “

” Comel la accent dia.. “

” Fuhhh. seronok bhaii video ni.. “

” Batuk pn bahsa inggeris.. Haha lawak.. “

” Haha lawak.. Batuk pun bahasa Inggeris.. “

Jom tonton video penuh di bawah :

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aishah membesar dengan sihat, cemerlang dalam perlajaran, menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa serta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar / Youtube Sinar by Berita Kopak / Ciungwanara

……….

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..