” Alhamdulilah, Pekan sudah ditemui dalam keadaan letih, murung dan kurus.. ” – Rita Rudaini

” Alhamdulilah, Pekan sudah ditemui dalam keadaan letih, murung dan kurus. Banyak keraguan, saya mahu pihak polis teruskan siasat sampai ke lubang cacing. Sampai terungkai segala kebenaran.. ” – Rita Rudaini

Baru-baru ini kecoh apabila kucing kesayangan pelakon cantik Rita Rudaini yang diberi nama Pekan hilang dalam jagaan seorang kenalan Rita di Semenyih. Pekan merupakan sejenis kucing British Short Hair.

Menurut Rita, tujuan dia menghantar Pekan ke rumah kenalannya itu kerana kenalannya itu ingin pinjam Pekan untuk di’kahwin’kan kucingnya. Malangnya, sehari sahaja Pekan di rumahnya dan akhirnya hilang tanpa kesan.

Rita mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kehilangan kucingnya itu. Alasan yang diberi oleh kenalannya itu sangat-sangat meragukan. Atas sebab itu, Rita tekad untuk membuat laporan polis bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.

Bagi yang belum mengetahui kisah sebenar, boleh klik link di bawah :

” Kes dah jadi kes polis. Saya akan buat apa saja. Saya boleh terima kalau orang bercakap jujur dan mohon maaf. Tapi saya tak boleh terima pembohongan, wayang !! ” – Rita Rudaini

Awal pagi tadi, Rita berkongsi khabar gembira telah berjumpa dengan Pekan. Tetapi menurut Rita, Pekan dijumpai dalam keadaan letih, murung dan kurus.

Apa-apa pun Rita meluahkan rasa kesyukuran atas penemuan ini. Rita mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak polis dan semua yang terlibat dalam misi mencari Pekan, tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan Pekan.

Menurut Rita lagi, dia tetap mahu teruskan kes ini walaupun sudah berjumpa Pekan kerana ada banyak perkara yang sangat meragukan.

Baca perkongsian Rita di bawah :

ALLAHUAKBAR… ALHAMDULILLAH.. 2.50pagi.. sy baru pulang dr balai polis semenyih.. tkasih yg x terhingga pd Sarjan Rahmat dan smua polis di balai polis semenyih krn menyelamatkan PEKAN…. “

” Sy rasa sgt hepi bila di hubungi dan di beritahu berita gembira ni…. Pekan dlm keadaan yg letih dan murung dan kurus… sy jugak nak ucapkan byk2 tkasih pd seorg hamba ALLAH ni…. ALLAH telah hantar kn dia pd saat sy bersedih n memerlukan pertolongan… “

” Byk info mengenai PEKAN yg dia bongkarkan… mulia sgguh hati dia… sejuk perut ibu dia dpt anak berhati mulia…. setiap mlm sy menunggu info dr dia dgn sabar.. tkasih. moga ALLAH sj yg membalas jasa adik n family… “

” Mulai mlm ni, sy telah menganggap dia spt family sy sendiri.. ada hikmah bila sy post di IG smlm utk viral kan pula gambar peminjam… tiba2 PEKAN muncul…. misteri.. suratan atau kebetulan…. “

” Kes ini akan sy bwk ke peringkat seterusnya…. walaupon tlah djumpai, tp byk keraguan yg sy masih blum puas hati kerana cara Pekan hilang dan cara di jumpai semula sgt meragukan… “

” Sy mahu pihak polis teruskan menyiasat kes tersebut dan ambik tindakan sewajarnya… siasat sampai ke lubang cacing… sampai terungkai segala kebenaran….. krn byk info ‘benar sebenarnya’ yg sy dah pegang dr hamba ALLAH yg berhati mulia ini… “

” Tkasih pencinta kucing yg xhenti2 berdoa utk PEKAN dan xhenti DM sy.. tkasih kwn2 rapat yg bersama2 dgn sy dlm misi Pekan … Dan tkasih pd media yg menyiarkan kisah Pekan.. ALHAMDULILLAH.. “

 

View this post on Instagram

 

ALLAHUAKBAR…ALHAMDULILLAH..2.50pagi..sy baru pulang dr balai polis semenyih..tkasih yg xterhingga pd Sarjan Rahmat dan smua polis di balai polis semenyih krn menyelamatkan PEKAN….sy rasa sgt hepi bila di hubungi dan di beritahu berita gembira ni….Pekan dlm keadaan yg letih dan murung dan kurus…sy jugak nak ucapkan byk2 tkasih pd seorg hamba ALLAH ni….ALLAH telah hantar kn dia pd saat sy bersedih n memerlukan pertolongan…byk info mengenai PEKAN yg dia bongkarkan…mulia sgguh hati dia…sejuk perut ibu dia dpt anak berhati mulia….setiap mlm sy menunggu info dr dia dgn sabar..tkasih 😭 moga ALLAH sj yg membalas jasa adik n family…mulai mlm ni,sy telah menganggap dia spt family sy sendiri..ada hikmah bila sy post di IG smlm utk viral kan pula gambar peminjam…tiba2 PEKAN muncul….misteri..suratan atau kebetulan….kes ini akan sy bwk ke peringkat seterusnya….walaupon tlah djumpai,tp byk keraguan yg sy masih blum puas hati kerana cara Pekan hilang dan cara di jumpai semula sgt meragukan…sy mahu pihak polis teruskan menyiasat kes tersebut dan ambik tindakan sewajarnya…siasat sampai ke lubang cacing…sampai terungkai segala kebenaran…..krn byk info ‘benar sebenarnya’ yg sy dah pegang dr hamba ALLAH yg berhati mulia ini… Tkasih pencinta kucing yg xhenti2 berdoa utk PEKAN dan xhenti DM sy..tkasih kwn2 rapat yg bersama2 dgn sy dlm misi Pekan … Dan tkasih pd media yg menyiarkan kisah Pekan ..😌 ALHAMDULILLAH

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Rata-rata peminat turut meluahkan rasa syukur apabila mengetahui Pekan sudah ditemuai. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulilah.. Lega dgr pekan selamat.. Hnya tuhan sje tau ape prsaan ble kucing yg kte bela hlnag dgn misteri… Smga org2 yg brtggungjawab 2 trme blasan setimpal nye.. Jgn igt kucing ni mcm brang mainan.. “

” Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah..semoga pekan happy semula dh jumpa ngan mommy dia.. “

” Alhamdulillah… Allahuakbar… xtau nk kata lagu mana.. saya pun tumpang sebak bila pekan dah jmpa… “

” Sis, lps ni jgn bg pinjam lg. Kucing cantik semua org nak. Apa2 pun, pekan dah balik. Tumpang gembira dan syukur utk sis dan family.. “

” Alhamdulillah Kak @ritrud727 Allah mudahkan pekan kembali dengan selamat…. hanya pencinta kucing saja memahami perasaan bila kucing kesayangan hilang.. boleh hlg arah rasanya.. “

” Allahuakbar, Alhamdulillah, sy mmg mengikuti perkembangan kes kehilangan pekan. Tetiap hri berdoa agar pekan dtemukan semua dgn kak @ritrud727 .. Syukur alhamdulillah. Pg ni dpt berita pekan da dijumpai. Syukur sgt2.. “

Syukur Alhamdulillah Pekan selamat dan telah kembali ke pangkuan Rita dan keluarga. Tahniah Rita, anda memang seorang ‘fighter’, sanggup lakukan apa sahaja demi yang tersayang. Setiap apa  yang berlaku pasti ada hikmah. Semoga Pekan kembali sihat seperti sedia kala.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini by Berita Kopak / Ciungwanara

……….

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..